Antara kesan yang aku alami sendiri, one day aku belek cermin untuk sapu serum. Tetiba aku perasan ada kelainan pada kulit wajah aku. Nampak glow, segar dan suci. (>_<) Abaikan rasa gedik aku.
Kemudian, aku pun google untuk cari, adakah ini kesan aku minum jus delima setiap pagi sebelum sarapan? Banyak manfaat dari buah delima.
Antara manfaatnya.
1-Membaik pulih fungsi hati dan limpa.
2-Mencuci buah pinggang dan salur kencing.
3-Membantu penghadaman.
4-Membuang lemak-lemak berlebihan.
5-Menambah tenaga.
6-Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.
7-Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.
8-Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.
9-Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.
10-Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.
11-Mencantikan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi.
12-Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.
13-Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
14-Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit
15-Menghapuskan masalah cacing pada kanak-kanak.
16-Mengatasi masalah kemandulan.
17-Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung.
18-Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
19-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan.
20-Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik.
21-Membantu mengurangkan batuk dan lelah.
Tulisan yang aku gelapkan tu adalah antara manfaat yang sedang aku alami.
Produk ni dah lama berada di pasaran. Senang untuk dapatkan stok. Harga dibawah RM20. Syukur, rezeki dari Allah untuk aku. Ada manfaat hasil minum jus dengan harga mampu milik.
Post a Comment