Tajuk artikel dah serupa tajuk novel. Satu novel yang pernah aku baca, tajuk AKU BENCI KAU karya Rabihah Nur Ridhuan. Suka novel ni. Best. Kalau di dramakan, konfem meletop. Kepada yang nak baca online, korang klik pada tajuk novel yang aku dah bold tu. Terus ke Ilham Grup Karangkraf. Konfem, korang akan terus pergi beli novel untuk tahu kesudahannya. (Aku le tu...)


Okay. Back to the topik, selalunya orang lelaki yang akan dikaitkan bila kita bercerita bab curang. Senang cerita, kes curang dengan orang lelaki ni, ibarat irama dan lagu. Tak dapat dipisahkan. Dimana ada lelaki disitu ada curang dan dimana ada curang disitu ada lelaki. Oppss..orang lelaki, sila kawal rasa tak puas hati nak komen. Artikel ni baru nak warm up. (^_^)v

Sebenarnya, definasi curang ni apa ya? Adakah jika kita makan subway tanpa pengetahuan encik suami telah dianggap curang? Walaupun encik suami dah pesan, 

" Sayang, jangan makan subway sepanjang tempoh berpantang ye."

Sedikit dialog sebabak untuk korang feel apa yang aku nak tulis. Dan tidak ada salah faham yang berlaku.


CURANG. Definasi curang ialah apabila anda melakukan sesuatu yang tidak akan anda lakukan di hadapan pasangan anda.


Jika zaman dulu, iyalah agaknya. Zaman sekarang, perempuan pun tidak kurang hebatnya bercurang. Tidak kisahlah apa punca dan sebab berlakunya curang tetapi setiap masalah ada cara untuk diselesaikan. Dan cara yang terbaik, rujuklah al-Quran dan Hadis. Bandingkan dengan keputusan yang akan kita buat. Salah ke tidak. 

Korang mesti kata, greenappleku ni..asyik-asyik suruh rujuk al-Quran dan Hadis. Menda lain tak boleh dibuat rujukan ke? (>_<)

Itu sahaja rujukan terbaik yang kita ada sayang oii. 



Terima kasih sebab sudi baca blog ini.


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama