My Instagram

KATA ORANG : CINTA TAK KENAL SIAPA, HADIR TANPA DI PAKSA



" Cinta tak kenal siapa, hadir tanpa di paksa. Walau bercerai badan, melepaskanmu aku rela berputih mata...." 

Petikan dari lirik lagu yang saya dah lupa akan tajuknya. Tetapi realiti yang ingin saya perkatakan ialah jika suatu hari nanti di takdirkan, tiada jodoh antara anda dan kekasih hati pengarang jantung anda, di atas sebab-sebab yang boleh di terima akal, apa yang anda akan buat yer? Adakah..

~ berkeras dan mempertahankan juga cinta anda
~ biarkan sahaja masa yang menentukan keadaan
~ terima perpisahan itu dengan membawa hati untuk bertenang
~ tak kisah sebab bukan anda yang kena tinggal dek kekasih
~ cari sahaja kekasih baru, dah orang tak sudi, buat apa di kenang lagi kan!

Walau apa jua tindakan anda, janganlah hingga anda sanggup terjun bangunan, telan clorox, telan ubat sampai masuk wad dan dengan kata lain sehingga memudaratkan diri anda sendiri. 

Terimalah setiap dugaan dengan hati yang tenang. Siapa tahu anda akan bertemu dengan kekasih yang lebih baik dari yang sebelum ini.

Cuba fahami kata-kata cinta ini,


CINTA yang penuh dugaan itulah CINTA .. CINTA bukan seperti makan aiskrim sebaliknya CINTA ibarat buah kelapa ..Tak kira muda , tak kira tua , tetap ada gunanya. Cinta tidak semestinya bersatu tetapi kerana cintalah kita bertemu.

~ BEN ASHAARI ~



11 ulasan:

  1. jika tiada jodoh,

    lepaskan sahaja....

    BalasPadam
  2. @ delarocha, itulah yg sebaiknya. dah org tak nak, cari sahaja yang lain kan. just be cool dan terima ujian dgn tenang.

    BalasPadam
  3. @ cik heroin, cinta memang buta tapi kita sebagai manusia tidaklah perlu buat-buat butakan mata, hati utk menerima realiti kesudahan sesuatu percintaan. hehe..

    BalasPadam
  4. hehhe....cinta tak boleh nak paksa...hahha bukan macam org dulu lg dah....kan kan...kalau org dah tak ske...bek carik len...huhu~

    Kalau tak buat org rimas je...lg bertambah2 tak ske adelah...~.~ heee...


    p/s: acane akak wat header image rollover with cursor tu ye...hehe thanx 4 sharing...gtau software leyh?? or nak link =DD heeee....

    BalasPadam
  5. @ Norashiqin Kamaruzaman, tentang FLASH HEADER tu, bolehlah di tempah dgn Fahmi Mahat. Visit blog beliau di http://fahmimahat.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. hi..
    sy ade mslh nk minta putus dari teman lelaki sy..ini bukan kali pertama tetapi masuk kali ketiga..dia xnk terima perpisahan ni dan sampai ada mengugut2 sy ..sy xtahu nk bt mcm mana tp yg pasti sy xblh nk hidup bersama dgn dia..
    tlg la beri pendapat..terima kasih.

    BalasPadam
  7. @ az, herm konfliks juga masalah az ni. dah ada ugut-ugut pula. dia ugut nak cederakan awak ker? atau dia ugut nak terjun laut? kalau ugutan dia lebih nak cederakan az, lebih baik az berbincang dgn family tentang masalah ini. ini soal keselamatan diri az.

    Jika tidak, jalan penyelesaian terbaik yg saya nampak, az berkahwin. kena terus terang dengan bakal suami sikap ex boy az, risau manalah tahu, tindakan dia di masa hadapan kelak.

    Az kena kuatkan mental dan hati utk tidak menjwp panggilan dari teman lelaki, kalau boleh tukar no.hp, dislike di fb, no.more perjumpaan utk kali terakhir. Tekadkan hati utk tinggalkan teman lelaki yg az rasa az tidak boleh utk hidup bersama.

    Az, kalau ada akaun fb, boleh add saya. Kita boleh berbincang secara detail hal az ni. Tak baguslah, jadi tatapan umum nih.

    BalasPadam
  8. thnks awk sbbb beri pendapat..
    xpe sy ok rs ok jer bila kita berbicara disini..
    dia xde nk ugut cederakan sy,cuma dia ada ugut nk dtg2 umh dan yg plg teruk sekali dia xblh terima lgsg sy nk berpisah dgn dia..

    awk tau kan bila sy mintak putus dan dia mula mengamuk2 menyebabkan sy bermula seperti biasa blk cuma sy xde perasaan dkt dia dhpn..

    yg sy bingung mcm mane sy nk terangkan kpd nya..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!