My Instagram

PENYIMBAH ASID, MELAYU ISLAM BELA ANJING


Pada pandangan saya, sesetengah kejadian yang berlaku di Malaysia sekarang ni dah lebih kurang sama dengan kejadian yang berlaku di negara yang luar dari Malaysia. 

Jika dahulu kejadian simbah asid ni kita dapat tahu dan dengar hanya berlaku di negara luar namun sekarang ni dah menjadi ikutan sebilangan masyarakat Malaysia. Malah semakin hari semakin meningkat kes seperti ini. Kekadang itu, mereka yang melakukannya hanya kerana sekadar suka-suka!

Ramai yang komen dan memberi pandangan, apakah hukuman yang selayaknya di terima oleh pesalah? Jika di lihat kesan pada mangsa yang seumur hidup akan terus kekal cacat, pada pendapat peribadi saya, balasan yang setimpal ialah simbah semula asid pada pesalah yang di dapati bersalah. Biar menjadi ikhtibar kepada yang lain. Biar dia rasa, camna azabnya rasa sakit itu.

Belum reda kes simbah asid, timbul pula kes sesetengah melayu yang beragama Islam memilih untuk membela anjing sebagai binatang peliharaan di dalam rumah. Sila fahamkan ayat yang telah saya gelapkan. Jangan pula nanti ada yang komen lain dari isu yang sedang berlaku. Kita fokuskan kepada masaalah yang sedang berlaku dan bukannya menjadikan alasan lain untuk menutup masalah bela anjing hingga di jadikan teman untuk tidur. Kucing dah tak glamour ker? Ini konfem nak ikut artsi dari luar negara yang suka belai anjing chihuahua.

Rata-rata komen yang saya baca, lebih suka menyatakan,

" kubur sendiri-sendiri, dia buat dia yang tanggung, jangan hendak panjangkan isu ini kerana risau boleh jatuh mengumpat, nanti dia akan samak dan ada juga yang kata itu hal peribadi dia, lantak dialah yang kita sibuk nak kisah hal dia buat apa."

Pandangan picisan dari saya, setiap perkara yang sah salah dan haram di sisi Islam, kita kena tegur dan tegah. Jika tidak ada yang berani untuk mempertahankan apa yang haram dan apa yang halal, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, bimbang perkara ini akan menjadi ikutan kepada mereka yang suka ikut apa yang orang lain buat sebab tidak ada orang yang tegur dan tegah.

Orang kita memang suka sangat ikut-ikut sikap, cara berfesyen dan cara hidup orang lain kerana nak nampak lain dari yang lain. Samada ada hal tersebut halal atau haram, letak tepi. Nanti bila tiba waktunya, boleh buat taubat nasuha.

~GreenAppleKu~


5 ulasan

H.J berkata...

kubur masing2 la jawapnya..tak habis2

Zul Fattah berkata...

manusia zaman sekarang ni..sudah tak tahu nk menilai, yg mana hala dan yg mana haram..

nak plihara anjing tak salah..tapi kena samak r selalu.. ni sama ke tak, x tahu la..

GreenAppleKu.com berkata...

@ H.J , memang betul kubur masing-masing. Selalu bermohon agar di lepaskan dari siksa azab kubur.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Zul Fattah, rasanya mereka tahu tapi suka ambil ringan demi mendapatkan apa yang di kehendaki.

AkmaFaizal berkata...

Mungkin juga derang lebih arif bab2 kesucian & kebersihan ni...tu pasal derang bela Anjing.

dulu2 pun ade gak kes penyanyi Fauziah Latif bela anjing kan..pasal ade gambo2 anak2 dia bermain ngan anjing. tu ape cite ek? lama dah..huhu