SINGLE MUSLIM'S SISTERS,


I am available but not for sale,

Don't you ever expect me in your mail,

There's only one story beneath this veil,

It's modesty, and not an ad to hail,

Woo me not because you will surely fail,

You really really think I am that frail?

You're not a hammer and I'm not a nail,

Don't want a boyfriend, don't want that ale,

I would prefer to be stuck in a jail,

But I'm free of you and your fairytale,

If you want me then be the alpha male,

Don't hide in your shell like a slimy snail,

Be my husband, by Allah we stand still.



SINGLE MUSLIM'S BROTHERS


Hey, I am single

Don't wanna mingle

Unless it's legal

Or else it's evil

There's only one girl

My wife, my angel


GreenAppleKu : Tidak semua ibu tunggal dan bapa tunggal itu terdesak  hendak mencari pasangan untuk melengkapkan semula sesebuah keluarga. Jangan di sebabkan sebilangan yang tersasar dalam membuat keputusan kerana keputusan yang di buat tidak berpandukan agama, kita beranggapan negatif apabila terserempak mahupun berkenalan dengan golongan ini. 

Sebut sahaja 'single parents' dalam kepala kita seperti telah di setkan, terbayang perkara-perkara yang negatif sahaja. Hatta jika ternampak golongan ini berbual sambil gelak-gelak dengan kaum yang berlainan jantina, mula label mereka itu gatal, miang, dan yang lain-lain. Sedangkan mungkin itu rakan sekerja, mahupun sepupu sepapat. 

Sesetengah manusia beranggapan ' single parents' tidak boleh dilihat gembira, di terima baik oleh orang disekelilingnya hatta mempunyai kehidupan yang mewah. Bagi mereka, 'single parents' tarafnya tidak boleh lebih dari orang yang punya keluarga lengkap.! Dah sah, mental mereka yang bersikap sedemikian ini bermasaalah.

Nota buat semua single parents yang berada di luar sana, cukuplah bagi anda, hanya Allah swt mengetahui apa yang terniat di hati kalian, jangan ambil hati, ambil peduli segala pandangan serong segelintir manusia yang kerjanya hanya untuk mematahkan semangat anda untuk terus bangun membela nasib keluarga. Anggaplah mereka itu adalah segelintir dari pesakit mental yang terlupa bahawa, suatu hari nanti mereka juga akan bergelar "single parents'. Itulah hakikat kehidupan yang mereka terlupa hendak fikirkan.

Ramai lagi manusia di luar sana yang ikhlas sudi bersahabat dengan kalian. :)


7 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. minta laluan memberi pendapat..hee :D
    Saya tak pernah terfikir pun nak menganggap single parents seperti yang ditulis itu,tetapi setelah saya mempunyai beberapa rakan kerja yang berstatus ibu tunggal dan kesemua mereka tidak seperti yang saya sangkakan,mereka sangat bergaul bebas dengan rakan sekerja,bertepuk tampar tidak kira lelaki perempuan.aduhai.
    macam desperate pon ada jugak,hihhi.
    just an opinion from the true eyes :D

    BalasPadam
  2. @ sesegar, seperti yang telah di tulis, tidak semua dan kita tidak boleh label mereka ini semua sama sahaja. Itu adalah dari pengalaman sesegar sendiri. Dan ini dari pengalaman dan pergaulan saya sendiri dgn golongan di atas. Masih ada yg lebih baik dari status isteri org dlm bab menjaga maruah diri dan keluarga.

    Isteri org tu saya lihat tanpa segan silu bertepuk tampar dgn yg haram ditampar. hehe.. Hal anak2 tidak di hiraukan kerana dah ada bibik di rumah. Boleh lagi g tonton movie dgn rakan sekerja ketika suami outstation walhal anak di rumah perlukan perhatian.

    Apa nak jadi ni???? :)

    BalasPadam
  3. Salam sis..akak suka dgn entry ni.. yup adik akak juga merupakan single parents setelah suaminya kini berkahwin baru. Dia kini lebih selesa bersama anak anaknya syukur alhamdullilah.. janganlah dilabel mereka dgn perkara2 negatif.. sudahlah mereka menerima dugaan besar dari Allah swt tidakkah lebih baik kita menolong mereka daripada mengkeji dan menghina betul tak?.. itu pendapat akak la ye =)

    BalasPadam
  4. Good article..apa2 pun, bagi mylady, baik atau buruknya, bergantung pada individu itu sendiri..ada yang cuba berlagak manja dengan tujuan untuk menggoda, tapi ada yang menyerah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T dan mendekatkan diri kepadaNya dan menjaga sahsiah serta tatasusila diri agar lebih menjadi insan yang lebih mulia dimataNya..and I respect this type of people...

    BalasPadam
  5. @ ADZA IRDAWATI aka MAK DARA, apa hak kita nak hina atau keji setiap perbuatan org lain. As for my opinion la, kalau kita dah nampak rakan kita buat sesuatu yg tidak kena, kita tegur dgn cara baik. Bukan cakap belakang dan terus biarkan rakan kita tadi 'tidak betul'. Dan satu lagi, jgn suka melabelkan orang berdasarkan statusnya. Bak pepatah english, don't judge the book by its cover.

    BalasPadam
  6. @ Mylady, yup semuanya bergantung pada individu itu sendiri. Pilihan terletak di tangannya untuk pilih jadi baik atau sebaliknya. Kita pula jgn sesuka hati dan bermulut lazer labelkan seseorg itu berdasarkan status.
    : )

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama