My Instagram

SMTI - ADALAH KOD RAHSIA BLOGGER.




Saya sedar sebilangan bloggers berasa kecil hati atau terkilan jika tiada pembaca langsung pengunjung meninggalkan komen di tampalan mereka.

Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah sebegitu. Saya menulis untuk berkongsi berita terkini dan ilmu, motif saya menulis blog, jelas. Samada pembaca sudi meninggalkan komen atau sebaliknya, itu perkara kedua.

Kekadang kita membaca blog milik bloggers lain untuk mengetahui kandungan utama tampalan mereka. Ada waktunya, kita terpanggil untuk meninggalkan komen, ada ketikanya tidak, terutama apabila topik diulas bukan berada di dalam ruang lingkup pengetahuan kita.

Pada masa sama, kita tidak dapat menyangkal kenyataan, majoriti bloggers menganggap setiap komen dicatatkan pembaca, simbol sokongan moral terhadap blog terbabit. Jika kita melontarkan komen, mereka tahu identiti pembaca blog mereka.

Untuk mencetuskan suasana menang menang, saya mencadangkan ...

Selepas ini, setiap kali kita berkunjung ke blog lain, kita tinggalkan jejak, isyarat menunjukkan kita membaca blog mereka sekaligus menghargai karya penulis dan pemilik blog.

... ringkasnya, kita tuliskan "Saya membaca tampalan ini", 4 perkataan melambangkan penghargaan kita sesama bloggers. 'SMTI', jika ingin catatan lebih ringkas.

Terlalu mudah menaip 'SMTI' berbanding usaha penulis blog menghasilkan tampalannya. Jika ekspresi 'OMG!' atau 'Oh my God!' boleh dikenali di seluruh dunia, singkatan 'SMTI' juga mampu terserlah andai dipraktikkan di negara kita.

Boleh diterima ide itu?

Saya berharap dapat melihat banyak SMTI di blog ini dan di blog lain. Jika maksud ringkasan perkataan itu tidak difahami sebilangan bloggers, jelaskan kepada mereka. 

Kalau bukan kita memulakan budaya ini, siapa lagi?

(sumber)

GreenAppleKu : Ini bukan sebarang ringkasan tapi ringkasan yang penuh tanda penghargaan. :)



21 ulasan

logorithm berkata...

Wah... budaya baru nih!

Boleh dicuba.

SMTI.

:-)

[U] GIVEAWAY: EqbalZack's fan page LOGO!

[13PG] Logorithm's Wordless Wednesday #4

[13SX] Jangan kau tipu aku!

GreenAppleKu.com berkata...

@ logorithm, SMTI : )

azwa amani berkata...

blog mazidul akmal sidik yg mulakan dulu smti ni kan?? saya membca tampalan ini :)

Dhiya Fariza berkata...

SMTI! :D

GreenAppleKu.com berkata...

@ azwa amani, Yup dan En. Mazidul minta kita bersama sebarkan. SMTI

yusri berkata...

smti..saya selau baca sini ...cuma jrg berkomen

misyamissyou berkata...

SMTI :)

norh berkata...

SMTI :)

Phoenix berkata...

SMTI greenapple :)

cik bunga berkata...

great idea. SMTI

qucachahir berkata...

SMTI sis ;)
rindu nak ronda sini..hehe..

F.A.R.A.H. deeb berkata...

SMTI! :)

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ berkata...

SMTI..

Tanpa Nama berkata...

SMTI

KILA berkata...

SMTI

http://hitamputih78.blogspot.com/2011/07/jom-beramal.html

Penggelap Cahaya berkata...

setuju!kalau entri2nya bagus mesti pembaca tu bukan setakat komen, siap follow lagi.
SMTI!

eiela berkata...

ohh,,tuh dia kod blogger rupanya. SMTI jugak, dah baca. hehe

Latest Entri :
Sakit Kepala

Solihin Zubir berkata...

kdg2 ada entry yg kita x tahu nk komen apa, tp kita komen jugak semata2 nk ckp kita baca.. kan..

bagus gak cdgn SMTI ni..
tp dh mcm SEK MEN plak.. heheh..

Miss Lady Iena Nazir berkata...

SMTI
(;

hani syahida berkata...

smti :)
(baru tahu hari ni)

Kolek Kecil berkata...

SMTI.