Saya sedar sebilangan bloggers berasa kecil hati atau terkilan jika tiada pembaca langsung pengunjung meninggalkan komen di tampalan mereka.

Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah sebegitu. Saya menulis untuk berkongsi berita terkini dan ilmu, motif saya menulis blog, jelas. Samada pembaca sudi meninggalkan komen atau sebaliknya, itu perkara kedua.

Kekadang kita membaca blog milik bloggers lain untuk mengetahui kandungan utama tampalan mereka. Ada waktunya, kita terpanggil untuk meninggalkan komen, ada ketikanya tidak, terutama apabila topik diulas bukan berada di dalam ruang lingkup pengetahuan kita.

Pada masa sama, kita tidak dapat menyangkal kenyataan, majoriti bloggers menganggap setiap komen dicatatkan pembaca, simbol sokongan moral terhadap blog terbabit. Jika kita melontarkan komen, mereka tahu identiti pembaca blog mereka.

Untuk mencetuskan suasana menang menang, saya mencadangkan ...

Selepas ini, setiap kali kita berkunjung ke blog lain, kita tinggalkan jejak, isyarat menunjukkan kita membaca blog mereka sekaligus menghargai karya penulis dan pemilik blog.

... ringkasnya, kita tuliskan "Saya membaca tampalan ini", 4 perkataan melambangkan penghargaan kita sesama bloggers. 'SMTI', jika ingin catatan lebih ringkas.

Terlalu mudah menaip 'SMTI' berbanding usaha penulis blog menghasilkan tampalannya. Jika ekspresi 'OMG!' atau 'Oh my God!' boleh dikenali di seluruh dunia, singkatan 'SMTI' juga mampu terserlah andai dipraktikkan di negara kita.

Boleh diterima ide itu?

Saya berharap dapat melihat banyak SMTI di blog ini dan di blog lain. Jika maksud ringkasan perkataan itu tidak difahami sebilangan bloggers, jelaskan kepada mereka. 

Kalau bukan kita memulakan budaya ini, siapa lagi?

(sumber)

GreenAppleKu : Ini bukan sebarang ringkasan tapi ringkasan yang penuh tanda penghargaan. :)



20 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. blog mazidul akmal sidik yg mulakan dulu smti ni kan?? saya membca tampalan ini :)

    BalasPadam
  2. @ azwa amani, Yup dan En. Mazidul minta kita bersama sebarkan. SMTI

    BalasPadam
  3. smti..saya selau baca sini ...cuma jrg berkomen

    BalasPadam
  4. SMTI sis ;)
    rindu nak ronda sini..hehe..

    BalasPadam
  5. SMTI

    http://hitamputih78.blogspot.com/2011/07/jom-beramal.html

    BalasPadam
  6. setuju!kalau entri2nya bagus mesti pembaca tu bukan setakat komen, siap follow lagi.
    SMTI!

    BalasPadam
  7. ohh,,tuh dia kod blogger rupanya. SMTI jugak, dah baca. hehe

    Latest Entri :
    Sakit Kepala

    BalasPadam
  8. kdg2 ada entry yg kita x tahu nk komen apa, tp kita komen jugak semata2 nk ckp kita baca.. kan..

    bagus gak cdgn SMTI ni..
    tp dh mcm SEK MEN plak.. heheh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama