IBUNDA'S DELIGHT

Sabtu, 2 Julai 2011

SIKAP PELIK SESETENGAH MANUSIA KETIKA MENGGUNAKAN ATM MESIN.



Situasi, depan ATM mesin. Masa tu, orang punyalah ramai sedang beratur untuk mengeluarkan gaji. Dan tiba-tiba anda...
  • Terkial-kial buka handbag untuk cari beg duit. Terkial-kial sekali lagi buka beg duit untuk cari kad atm. Handbag di biarkan terdedah dan terlupa nak zipkan sebab tengah fokus menekan pin nombor.
  • Badan tidak betul-betul berada di tengah skrin komputer sehinggakan orang di belakang boleh nampak berapa baki wang dalam akaun. 
  • Duit beribu dalam tangan sengaja di pamerkan. Tidak segera masukkan duit dalam beg duit. Kalau dah susah sangat, selitkan dahulu di dalam poket seluar mahupun poket baju kurung. 
  • Masa itulah juga sibuk tanya kawan, berapa juta wang yang hendak di keluarkan. Suara sengaja di tinggikan dengan niat kalau boleh nak satu bank dengar. 
  • Sibuk mengira wang samada betul atau tak mesin atm tu hulurkan sebentar tadi secara 'tidak cover line' langsung. Sehinggakan orang lain pun boleh sama turut mengira dari jauh. 
Sila buang semua sikap pelik anda agar anda tidak menjadi mangsa ragut. Tidak semua orang yang beratur di atm mesin tu, tujuannya hendak mengeluarkan wang. Sebab ada juga yang tujuannya adalah mencari mangsa untuk di ragut.


17 ulasan:

cik najihah berkata...

lepas terkene baru tau

zalin onceitalk berkata...

btol apa yg green cakapkan tu..sy xsuka duk mesin ATM tu lama2..tekan menu pun laju je..haha..

delarocha berkata...

student selalunya mcm tu..excited dapat PTPTN.. huhu

Подтверждаю berkata...

as salam..
betul!!
saya bab2 keluar duit ni, berhati2 risau. masa mabil duit tu, saja kembangkan lengan. biar lengan baju dengan baju pun, ikut kembang. orang belakang tak nampak. sambil2 tu jeling2 tajam arah belakang. bagi orang belakang takut. biasanya kalau ada yang cuba ushar saya masa tekan pin dan keluarkan duit tu, saya direct cakap kuat-kuat biar orang lain dengar yang orang berkenaan ushar2. sila berhati2.

pernah jadi kes. masa lepas saya jerit tu, memang kaki penyamun. dia hulurkan pisau dari belakang suruh diam. saya malas cakap banyak. saya `hulurkan kaki dari bawah. tepat mengenai bebola reporduktif dia.maka terduduk la dia menahan sakit. lalu orang yang berada disekitar belasah dia.

dan terus diambil polis lepas buat call. tak ambil tahu lak samaada itu orang yang merompak` ke tak. dash bawak pisau kan. huhu.

`
Rahsia Utama Ahli Bina Badan dan..Ringankan beban, Hulurkan Bantuan..

GreenAppleKu.com berkata...

@ cik najihah, betul komen awak tu, bila dah terkena mulalah nak salah pak guard lah, org ramai lah, padahal diri sendiri yg salah. TQ for your komen..

GreenAppleKu.com berkata...

@ zalin onceitalk, samalah ngan saya. selalunya, daH standby kad atm dlm poket seluar. Bila tiba giliran, terus buat apa yg patut, duit masuk poket dan settle. Tak sampai 5 minit pun.

GreenAppleKu.com berkata...

@ delarocha,yup kebanyakkannya student tapi ada satu kes tu, warga emas. Anak dia baru bank in duit kpd mereka. Kecoh suami isteri tu berbincang berapa nak keluarkan. Lastly en.hubby kata seribu. Bertuah dpt anak yg baik tapi that couple kena lebih berhati2 semua org sekarang ni susah kita nak duga niat sebenar mereka.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Подтверждаю , seramnyer pengalaman awak. Tak nak bayangkan jika terjadi pada saya. Minta Allah swt jauhkan saya dari terlibat dlm kejadian yg seperti awak alami. Erk...agak-agaknyalah, subur tak lagi that guy sebab awak dah terajang dia kat tuttttt.... haha.

Solihin Zubir berkata...

kdg2 kita dh berdiri tegak rapat kt mesin ATM tu pun, ada jugak yg dok terhendap2 kt belakang tu.. geram btoi...

Mohamadazhan.com berkata...

setuju! sebab tu ramai kes yang kena perdaya di hadapan ATM dek kerana kelalaian sendiri juga

moga semua berwaspada terhadap sekeliling terutama manusia yang mencurigakan..

Fawwaz berkata...

Dunia penuh dengan pelbagai ragam...Harus bijak menghadapinya.. nice post..http://jejakaberiman.blogspot.com/2011/07/ramalan-kedatangan-pope-roman-peter.html

Tanpa Nama berkata...

www.greenappleku.com is my top website, i love to read it
[url=http://www.facebook.com/pages/Best-top-10-games/183623295024386]fun facebook games[/url]

logorithm berkata...

Ini pengalaman benar Cik GA ker?

I pernah jugak tengok ada mamat nih sengaja nak tayang duit beribu nya masa beratur nak deposit duit kat mesin ATM.

[13PG] Logorithm's Wordless Wednesday #4

[13SX] Jangan kau tipu aku!

[13PG] Girl Housemates from Hell!

GreenAppleKu.com berkata...

@ Solihin Zubir, apasal awak tak marah jer org cam tu. Ingat dia ada share ker dlm akaun awak tu..huhu..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Mohamadazhan.com, memang kena lebih berwaspada terutama jika ada juga warga asing yg beratur sama barisan dengan kita. Rimas dgn mereka ini. Kalau g atm mesin konfem bawa geng walaupun yg nak keluarkan duit tu sorang. Grrrrr...

GreenAppleKu.com berkata...

@ Fawwaz, yup harus bijak sebab penipu sekarang pun byk yg dah bijak. TQ for your komen.

GreenAppleKu.com berkata...

@ logorithm, pengalaman dan pemerhatian saya. Kena share ngan semua sebab ada sesetgh org mungkin tak terfikir dan just take it as a perkara kecil jer.

Mamat tu kali pertama agaknyer pegang duit dalam jumlah yg byk..hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...