Tahniah kepada Imam Muda Hassan yang dinobatkan sebagai Juara untuk musim ke-2 dan begitu juga Imam Muda Nazrul, Mabruk! Tahniah untuk semua sekali yang terlibat dengan program Imam Muda ini.

Yang mana satu Hassan dan yang mana satu Nasrul ni? (Soalan dari orang yang tak layan program agama sebegini.) Yang tinggi tu Hassan dan yang rendah itu Nasrul.

Kedua-duanya sama hebat dan punya keistimewaan yang tersendiri.  Bukan mudah untuk menghafal ayat suci al-Quran, menjawab tafsiran hadis dan  memberi tazkirah. 

Tempat duduk para penonton diasingkan antara lelaki dan wanita. Indahnya majlis dan kehidupan seandainya kita mengikut garis panduan seperti yang termaktub dalam agama Islam.

Program sebeginilah yang harus di perbanyakkan dan di beri penambah baikkan moga ianya setanding dengan program realiti yang lain. Cuma satu sahaja yang saya rasa tidak perlu iaitu kehadiran dua orang wanita yang membawa cenderahati. Ini kan program IMAM MUDA. Lebih baik kaum adam sahaja yang uruskan hal tersebut. Tidak ada salahnya kan.

Bukan apa, sudah seperti penari gelek arab ler pula bila tali pinggang di gayakan dengan jubah. Diharap tiada yang terikut-ikut fesyen tersebut hendaknya. 


3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Tahniah kepada Hassan, pensyarah UIA kerana menjadi Juara Imam Muda Musim Kedua! Teruskan menjadi imam yang mampu dicontohi oleh semua.

    BalasPadam
  2. walaupun mcm nampak imam muda nazrul yg lebih menonjol malam semalam, tp imam muda hassan yg diangkat sbg juara. mungkin nazrul kantui tang hafazan tu kot. apepon, diorang ni tak kurang hebatnya. saing2 je. tahniah utk semua imam muda. layak masuk dlm rancangan ni pon dah kira sangat hebat..

    BalasPadam
  3. salam,

    masa tengok dgn family semalam pun ramai2 konplen pasal 2 perempuan tu.
    hee...

    apa2 mabruk 2 both of them :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama