Begitulah beberapa faktor yang masyhur yang selalu penulis dengari. Adapun perihal kedua yang ingin penulis bawakan:
Beberapa hakikat kejadian wanita yang perlu difahami lelaki.
01.
Wanita secara semula jadinya diciptakan 'monogamous', iaitu lebih cenderung untuk memiliki seorang lelaki sahaja di dalam hidupnya, sebagaimana dia cuma ingin dimiliki oleh seorang lelaki sahaja di dalam hidupnya. Ini merupakan hakikat kejadian mereka yang telah diciptakan Allah S.W.T.
02.
Cara seorang wanita berfikir dan memberikan reaksi adalah berbeza dari seorang lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Wanita diciptakan seperti tulang rusuk. Bahagian tulang rusuk yang paling bengkok adalah pangkalnya. Jika kamu cuba meluruskannya (secara paksa), ia akan patah. Jika kami membiarkannya, ia akan kekal bengkok. Oleh itu layanilah wanita kamu dengan seadilnya".
Ibnu Hajar berkata bahawa yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dengan pangkal tulang rusuk, adala analogi pemikiran seorang wanita. Pemikiran itu terletak di dalam kepala, dan di kepala jugalah tersimpannya lidah seorang wanita, yang berkemampuan untuk membawa kemudaratan. Begitu juga di dalam hadis ini memberikan bayangan bahawa pemikiran seorang wanita perlukan bimbingan dan petunjuk, namun bimbingan itu tidaklah boleh secara paksaan. Ingat di atas tadi penulis menyebut, bagaimana betapa ramai mulut wanita yang ditutup secara paksa oleh suami mereka yang berkeinginan untuk berkahwin lain, tanpa langsung didengari. Amalan ini sudahpun diberikan amarannya oleh Nabi S.A.W di dalam hadis ini. Begitu juga sebaliknya, jikalau pemikiran seorang wanita itu dibiarkan sahaja tanpa bimbingan, nescaya pemikirannya akan menjadi pemikiran yang salah, malahan boleh membawa kepada kekufuran, sebagaimana halnya ada segelintir wanita yang menolak secara 100% hukum dan hak lelaki untuk berpoligami.
03.
Sifat biologi wanita sangat-sangat mempengaruhi fikiran mereka di dalam membuat sebarang keputusan, dan juga cara mereka memandang sesuatu perkara. Rasulullah S.A.W pernah bersabda khusus buat kaum wanita,
"Perbanyakkanlah sedekah, wahai kaum wanita! Sesungguhnya aku melihat ramai di antara kamu berada di dalam neraka". Lalu mereka (para sahabat dari kalangan wanita) bertanya, "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda S.A.W menjawab, "Itu adalah kerana kamu kerap menyumpah, dan juga kerana kamu tidak bersyukur kepada suami-suami kamu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang kurang pemikirannya dan juga agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang warak juga mampu dipesongkan oleh kamu". Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan pemikiran dan agama?", baginda S.A.W menjawab, "Bukankah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki?". Mereka menjawab seraya bersetuju,"Inilah kekurangan di dalam pemikiran". Sambung baginda S.A.W, "Bukankah ketika kamu didatangi haid, kamu tidak boleh solat dan juga berpuasa?". Mereka menjawab seraya bersetuju. "Inilah kekurangan di dalam agama", jawab baginda S.A.W.
Perlu kita renungi bahawa demi Allah hadis ini bukan bertujuan untuk menghina status seorang wanita. Allah S.W.T Maha Pencipta, Dialah yang menciptakan lelaki dan wanita. Dan di dalam hadis ini, Allah S.W.T memberitahukan kepada kita mengenai hakikat kejadian wanita, dan bagaimana dengan pengetahuan ini, jika mereka memandangnya secara positif, akan membuatkan mereka lebih memahami tentang kejadian mereka sendiri, lantas membawa kepada peribadi yang solehah, sebagaimana yang didemonstrasikan oleh para sahabat baginda S.A.W dari kalangan wanita.
Begitu juga penulis ingin membawakan bahawa tujuan Allah S.W.T menetapkan penyaksian seorang lelaki sama dengan penyaksian dua orang wanita, adalah kerana dengan kehadiran dua orang wanita, mereka boleh saling memperingati satu sama lain berkenaan penyaksian yang dilakukan. 
Lazimnya juga seorang wanita lebih selesa dan berkeyakinan lebih tinggi dengan kehadiran temannya, maka hal ini memudahkan dan meringankan beban mereka di dalam membuat penyaksian terhadap sesuatu, yang merupakan tugas yang berat. Maha Suci Allah yang memahami penciptaan-Nya, ilmu-Nya meliputi segalanya. Samalah juga di dalam kata-kata baginda S.A.W berkenaan kekurangan di dalam agama. 
Kata-kata ini adalah bertujuan untuk memberikan peringatan kepada kaum wanita agar menambah dan menampung kembali amalan mereka yang tertinggal sewaktu kedatangan haid, dengan bersedekah. Allah S.W.T sama sekali TIDAK memandang bahawa amalan seorang wanita lebih rendah nilainya berbanding amalan seorang lelaki. Perbincangan hadis ini adalah mengenai kuantiti amalan, bukan nilai amalan di pandangan Allah S.W.T.
Berbalik kepada perbincangan kita, di dalam hadis ini baginda S.A.W secara khusus menyebut tentang kedatangan haid. Ini kerana pada tempoh ini, peringkat hormon di dalam badan seorang wanita turun naik dengan tidak menentu. Ini mengganggu pemikiran mereka. Tambahan lagi, keadaan fizikal mereka juga terjejas, dan perbagai jenis kesakitan mereka tanggung bulan demi bulan.

GreenAppleKu : Herm..Monogamous. Oh ya, cerita MENYESAL # 2 dah terbit. Sila rujuk MY DIARY, DON'T READ kat sebelah ni..


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. saya tak mampu nak pasang dua...satu cukup lah...hehe, cantik numbering tu..macamana buatnya ye?

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama