My Instagram

CATATAN AKU SEORANG INSAN


Baru habis menyampaikan tazkirah disurau tingkat 19 KOMTAR, satu tugasan yang perlu dilakukan demi para sahabat dan saudara-saudara yang amat saya kasihi demi Allah dan Rasul, PERINGATAN yang berkisar kepada ulang kaji dan mengingati diri bahawa Syaaban telah hampir sampai kepenghujungnya dan Ramadhan pasti akan tiba dengan kemanisannya.

Ketika HENDAK BEREDAR, saya telah didatangi oleh seorang hamba Allah yang terus menyapa saya dengan satu pertanyaan, 

"NAK PANGGIL ENCIK KE USTADZ?". Saya tersentak, ADA JUGA PERTANYAAN YANG SEMACAM ITU.

"Panggil apa-apa pun boleh", jawab saya dengan ringkas. 

"Tak boleh begitu!" katanya. 

"Mengapa?". tanya saya. 

"USTADZ adalah orang yang mempunyai latar belakang agama", jawabnya.

"Latar belakang agama ?". Tanya saya pula. 

Jika berkaitan latar belakang agama, bila kita mengakui bahawa diri kita Islam pasti semua orang islam itu mempunyai mempunyai didikan dan latar belakang agama, jika sekadar mengambil kira latar belakang agama , bisik hati saya.

"Kalau ada kelulusan agama, bolehlah kita panggil ustadz", jelasnya lagi. 

Lantas saya tersenyum. 

Dia seperti keadaan dirinya begitu lemah didalam kefahamannya berkaitan rukun ilmu ini, akan tetapi benarkah dirinya begitu? fikir saya.

"JIKA BEGITU SAYA BUKAN USTADZ, SAYA HANYA ENCIK ", jawab saya.

"Tapi kenapa encik selalu bercakap tentang agama dan siapakah yang memberi kebenaran kepada encik untuk memberi TAZKIRAH sebentar tadi?". Tanya dia lagi.

SAYA TERSENTAK. Saya akui bahawa Kuliah, Tazkirah atau tulisan saya mempunyai "ROH", "BAU" dan "SUARA AGAMA". 

Saya rasa bukan saya sahaja apabila bercakap mempunyai Suara agama, ramai lagi para sahabat yang bukan berkelulusan didalam bidang agama bercakap berkaiatan agama, ADAKAH INI SALAH, jika peringatan dan percakapan berkaitan agama ini disampaikan dengan betul serta baik mengikut tertibnya, KERANA KITA ADALAH ORANG ISLAM, MAKA PASTI KITA TAHU BERKAITAN AGAMA KITA DAN YANG PASTI ISLAM ADALAH AGAMA KITA. 

Salahkah kita bercakap berkaitan agama kita? Memberi peringatan kepada sahabat yang hampir-hampir terlalai dan terlupa?" Protes hati saya. 

Tapi, saya pendamkan sahaja. Bimbang nanti menjadi sesuatu perkara yang membawa kepada terkasar bahasa serta kurang sikap berakhlak sopan.

"Kenapa.... jika bukan Ustadz, maka kita tidak boleh bercakap berkaitan agama?" Tanya saya. 

"Saya rasa begitulah, tidak bertepatan dan tidak berkelayakan, maka kerja agama ini biarlah diuruskan oleh orang agama yang lebih layak". jawabnya terus terang. 

Saya suka kepada ketelusannya.

"Kenapa perlu begitu ya?" soal saya memohon kepastian, kedengarannya saya pula yang naif dan daif. 

"Yalah, jika kita bercakap berkaitan agama, tetapi tanpa nas dan dalil, kita berkemungkinan besar akan mengelirukan orang lain!" Jelasnya dengan penuh yakin, saya semakin suka kepada sikapnya yang mempunyai keyakinan didalam apa yang dia percaya.

"Walau pun sekadar mengajak untuk melakukan kebaikan?, contohnya, nak mengajak orang solat, berakhlak baik, rajin bekerja, meninggalkan perbuatan umpat keji, perlukan dalil juga kah?" tanya saya.

"Mestilah, bukankah halal dan haram itu mempunyai nas dan dalilnya?"

Saya benar-benar terkejut dengan kefasihan dan kepetahannya berhujah, dia bukan sebarangan orang. Kelihatan lurus akan tetapi sebenarnya strategik dan licik lagak gaya fikirannya.

"Benar, semua itu ada nas dan dalil akan tetapi semua orang sedia maklum akan haram atau halalnya. Kita semua telah faham bahawa solat itu adalah wajib, mengumpat dan adu domba itu adalah haram, nas dan dalil bukan perkara utama disini!" kata saya.

"Masaalahnya apa?" tanya dia lagi. 

"Masaalah kita bukan tidak tahu wajib atau haramnya akan sesuatu perkara itu akan tetapi kita tidak mahu melakukannya. Tahu solat itu wajib akan tetapi kita malas melakukannya, amat tahu bahawa mengumpat itu haram, maka kita amat suka melakukannya" jelas saya.

"Jika itu masaalahnya bagaimanakah caranya untuk kita menanganinya?" tanya dia lagi.

"Ustadz lebih tahu!". Pintas saya secara tiba-tiba. 

Dia terkejut dengan panggilan saya. Sejak dari pada awal saya memanggilnya dengan panggilan saudara, akan tetapi hati saya sekarang cenderung merasakan bahawa dia memang seorang ustadz (berkelulusan agama).

"Ya! Ya! saya seorang ustadz' jawabnya. 

"Alhamdulillah, jika begitu soalan tadi saya kembalikan kepada ustadz, ustadz tentu lebih arif", kata saya.

"Semua pihak perlu memainkan peranan, kita mesti menyeru dan mendidik masyarakat", jawabnya setelah kami diam sejenak. 

"Termasuklah saya yang encik inikan?" Kilas saya perlahan. Dia mengangguk. 

"Benar kata ustadz, encik cara encik, ustadz cara ustadz, saya hanya mampu menyeru, berdakwah dan mengingatkan. Sepatah yang saya tahu, sepatah yang saya sampaikan, 'sampaikan daripadaku walau pun sepotong ayat" begitu kita dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w". ujar saya.

"Jika begitu encik telah menjadi seorang Da'i, seorang pendakwah". katanya lagi.

Tiba-tiba Ustadz AZIM, P.A saya datang serta mencelah. 

"Maaf saya mencelah sebentar! Y.A....!, temujanji Y.A dengan semua ketua sektor jam 2.30 petang ini di Dewan Banquet!". 

Saya pun menghulurkan tangan saya kepada ustadz ini tanda kasih saya sesama saudara, tangan saya disambut dengan seribu kehairanan yang tergambar daripada riak mukanya. 

Saya berlalu dengan meninggalkannya berseorangan sambil saya diiringi oleh P.A saya yang amat prihatin di atas masa dan temujanji saya.

Terima kasih Azim. Sambil berjalan, saya terfikir inilah dunia masa kini berkaitan ilmu pun orang ingin tahu siapa kita, berkaitan ilmu Allah juga ada nilai materialistiknya serta egoistik manusia itu.

Mudah-mudahan Ustadz muda itu tadi mendapat sedikit ilmu, bahawa jangan menilai diri seseorang itu akan tetapi nilailah ilmu yang dibawanya.

GreenAppleKu : Coretan ini adalah kisah benar dari fb Ustaz Shahrul Aman, seorang pengamal perundangan syariah di institusi kehakiman syariah dan juga merupakan seorang penceramah bebas. 

Sesetengah manusia zaman sekarang memang banyak yang pelik-pelik sikap dan perangainya. Inilah akibatnya jika kita rasa diri kita terlebih educated dari orang lain.  

4 ulasan

Afuan Shah berkata...

ustaz saya rnah berpesan
Jangan melihat siapa yang bercakap..tetapi dengarilah apa yang mahu dia cakap :)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Afuan Shah , begitulah sepatutnya. Ini tidak, lain pelik sungguh sikap sesetengah org ni.

bintu assiddiq berkata...

asalkan ilmu yang disampaikan betul, tidak kisahlah siapa yang menyampaikan. terima ianya sebagai penambahan ilmu kita kan?bangga dengan 'encik' tu krn beliau seorang yg rendah diri....

Nora Shahaira berkata...

entahlah kan...kadang2 orang yang edcated ni yg ssah...tapi kalau kita lebih mempelajari dan memahami al quran dan sunnah pasti kita selamat kan