Sesekali apabila menulis artikel berbentuk sejarah ini, mampu menaikkan kembali semangat kita untuk menghargai betapa bertuahnya kita yang di lahirkan selepas mereka. Betapa susahnya untuk mendapat peluang belajar pada zaman dahulu kala jika hendak di bandingkan dengan zaman kita sekarang. Tapi yang peliknya, apabila semakin mudah cara untuk kita mendapatkan ilmu semakin malaslah pula sesetengah dari kita untuk belajar bersungguh-sungguh. Pelik!


Info sejarah ini adalah hasil penulisan Haji Muhammad Zakaria yang merupakan seorang penulis di majalah Solusi, isu no.31. Penghargaan buat penulis dari saya. Kepada yang berminat, mari kita menghayati sejarah pendidikan pondok di Malaysia.

Pendidikan awal dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bermula pada abad ke-15 hingga ke-17. Golongan yang terdidik adalah golongan istana. Mereka mempelajari pendidikan agaman Islam melalui guru-guru al-Quran yang terdapat dikampung-kampung atau melalui mereka yang berketurunan Sayid. Kebanyakkan mereka mengajar di surau-surau ataupun di masjid-masjid. Pada masa yang sama, guru-guru itu menjadi imam kepada penduduk kampung tersebut. 

Antara yang di ajar termasuklah membaca dan menulis huruf-huruf al-Quran, tulisan Jawi, tajwid, ilmu fardu ain, rukun Islam dan rukun iman. Para pelajar ketika itu tidak dikenakan sebarang bayaran. Sumbangan daripada pelajar sekadar berbentuk khidmat membantu guru membersihkan kawasan persekitaran tempat belajar, mengambil air, membantu kerja-kerja di sawah, mengambil kayu api dan sebagainya. 

Pada abad ke-18, pelajaran agama Islam berkembang maju apabila beberapa orang alim ulama dari Timur Tengah berhijrah ke Tanah Melayu. Antaranya ialah Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad, yang kemudiannya bermastautin di Terengganu. Keturunan beliau yang bergelar Tok Pulau Manis, kemudiannya telah menjadi seorang ulama yang masyhur. Tok Pulau Manis pernah belajar di Aceh dan Makkah. Beliau seterusnya mengasaskan sekolah agama di Pulau Manis, Kuala Terengganu. 

Apabila berlaku peperangan antara orang Islam dengan kerajaan Siam di Pattani, lebih ramai lagi alim ulama yang berhijrah ke Kelantan dan Terengganu. Antaranya termasuklah Syeikh Daud Abdullah yang bermastautin di Pulau Duyung, Kuala Terengganu dan Syeikh Abdul Kadir yang kemudiannya mengajar di Bukit Bayas dan Kuala Terengganu. Juga terdapat gru-guru agama daripada keturunan al-Idrus yang telah berhijrah ke Terengganu. 

Dengan adanya tokoh-tokoh agama yang disanjung oleh masyarakat tempatan, pendidikan agama Islam telah tersebar dengan lebih luas termasuk negeri-negeri Melayu di sebelah utara. 

Bagi anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi, berkemampuan dan berkeinginan melanjutkan pelajaran, mereka terpaksa menyambung persekolahan di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar. Jika mereka bertuah mereka berpeluang memasuki Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kolej yang didirikan pada tahun 1905 ini berasakan English Grammar School di England. Walau bagaimanapun, kolej ini hanya di khaskan untuk anak-anak daripada golongan diraja dan bangsawan sahaja. Hanya anak-anak Melayu yang cemerlang dipilih untuk belajar di sini. 

Sekolah-sekolah lain yang menampung pendidikan anak-anak Melayu dan telah memainkan peranan penting dalam menghasilkan pemuda-pemuda Melayu yang memiliki pandangan hidup Islam ialah sekolah-sekolah Arab dan agama. Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, sekolah-sekolah pondok, sekolah Arab dan sekolah agama muncul di merata-rata tempat di seluruh Semenanjung terutamanya Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. 

Sekolah agama atau madrasah telah menjadi satu alternatif yang sesuai untuk mendapatkan pendidikan bagi masyarakat ketika itu. Alternatif ini membekalkan kekuatan, bimbingan dan semangat kepada muridnya untuk meghadapi segala cabaran dan dugaan akibat daripada proses sekularisasi yang dianjurkan oleh institusi barat. Taraf pendidikan di sesetengah madrasah ini mempunyai mutu yang tinggi. 

Banyak antara pelajar lepasan madrasah umpamanya daripada Madrasah al-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu, Kelantan dan Maahad al-Ihya’ al-Syarif, Gunung Semanggol Perak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Asia Barat, terutamanya di MasjidilHaram Haram Makkah dan Universiti al-Azhar Mesir. 

Penghijrahan tokoh-tokoh agama dari Pattani dan Timur Tengah telah memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Melayu Islam ketika itu. Banyak buku bahasa Arab yang telah di terjemahkan kepada Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi, terutamanya sekitar Abad ke-19. 

Dipercayai bahawa orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan ialah Syeikh Haji Abdul Halim. Beliau mengajar anak-anak para pembesar dan orang kebanyakkan. Kehadiran beliau kemudiannya menyebabkan negeri Kelantan terkenal sebagai pusat perkembangan pengajian agama Islam. 

GreenAppleKu : Terima kasih kerana sudi baca sehingga habis. 


5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. itulah sebabnya kelantan dikenali serambi mekah ye..

    pendek kata tiada yg lama maka tiada lah yang baru..tak suka org asyik kutuk yg lama..pe kata kita mengkaji mengapa org dulu begitu kan...bila da jumpa penyelesaiannya, jd itu adalah ilmu baru..xda lah asyik nak cari salah je

    BalasPadam
  2. @ Nora Shahaira, di sebabkan cerdik pandai yg lamalah kita ada yg baru. :)

    BalasPadam
  3. assalam., boleh tahu penulisan ini dari rujukan mana ye??

    BalasPadam
  4. assalam., boleh tahu penulisan ini dari rujukan mana ye??

    BalasPadam
  5. @ amir mukhlis, dari majalah Solusi, isu no.31. Awak boleh dapatkan majalah tersebut untuk lebih info mengenai sejarah di atas.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama