BILA SI CURANG JODOHNYA DENGAN SI PERAMPAS - Eiza GreenAppleKu

BILA SI CURANG JODOHNYA DENGAN SI PERAMPAS

Bila si curang jodohnya dengan si perampas, ramai yang jelik dan ramai yang rasa menyampah melihat kepada mereka. Walaupun mereka berasa bahagia dan gembira kerana akhirnya mereka selamat di ijab kabulkan namun mereka lupa di sebalik kegembiraan mereka, ada air mata insan lain, ada hati insan lain yang terguris dengan sikap mereka berdua.    

"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."

Ah, hati dilanda kebimbangan...

"Yang penting bukan siapa pasanganmu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"


21 ulasan

Laman Alia berkata...

Sebagai pasangan suami isteri, kita kena sama2 bekerjasama supaya bahtera yang kita kemudi ini tidak karam ditengah lautan... Berdoa semoga kita sentiasa dibawah Rahmat Allah S.W.T. Amin...

GreenAppleKu.com berkata...

@ Laman Alia, jangan curang pada pasangan dan jangan jadi perampas hak milik orang lain.

Nora Shahaira berkata...

setuju..jodoh di tangan Allah walau bagaimana caranya..namun, tidak setuju betul..dengan 'cara' isteri/suami 'mencari' apa yang 'baik' dengan mereka...

Nurhasliza Jeffry berkata...

Mintak dijauhkan jadi cengitu. Simpang Malaikat 44.

Ayen... berkata...

sedih bace kesah2 gini,huhuhu......adakah akan ada kebahgiaan pada org2 gini?

GreenAppleKu.com berkata...

@ Nora Shahaira, tapi inilah yang byk org kita cari sekarang ini. Dah ada yg HALAL, yang HARAM juga yang menjadi impian. Hingga ada yg tidur malam tak lena.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Nurhasliza Jeffry , kena selalu minta pada Allahswt, moga pasangan kita tidak curang dan kita juga tidak curang pada pasangan kita.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Ayen..., hanya yang tidak ada rasa perikemanusiaan yg akan rasa bahagia dengan berbuat sedemikian. Entah apa yg mereka cari. Subahanaallah.

eiela berkata...

selalu tengok keadaan macam nih, kesian tengok nasib orang yang malang tuh.

diana berkata...

yang penting perjalanan selepas kahwin tu..
yang sebelum kawen tu kita
tinggalkan la mana yang tak elok..

Rawlins Ichigo Takashi Lutz berkata...

Maaf jika agak kurang ajar tapi jika sekali sudah curang, si perampas kena ready je sebab si curang akan curang lagi bila-bila masa...itulah jawabnya...Allah swt balas cash di bumi nie...

delarocha berkata...

beri kesempatan untuk manusia berubah.

GreenAppleKu.com berkata...

@ eiela , jgn tgk sahaja, sekali skala kita cuba memberi kata semangat buat mereka yg di tinggalkan. :)

GreenAppleKu.com berkata...

@ diana, ujian akan tetap hadir dalam apa jua bentuk dan perkara. Persiapkan agama, mental dan fizikal. Sekiranya ujian melanda, kita masih boleh bertindak waras dan bersama mencari jln penyelesaian yg terbaik. :)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Rawlins Ichigo Takashi Lutz, mana ada kurang ajar tapi itu adalah hakikat kehidupan. Umpama roda yg berputar, masanya akan tiba juga. :)

GreenAppleKu.com berkata...

@ delarocha, berapa byk kesempatan yang sepatutnya di berikan yer?

mrs redzuan berkata...

suami dan isteri saling melengkapi.
paling penting ialah SABAR BANYAK SANGAT sebab kita nak menempuh hidup dengan orang yang asing kan?

logorithm berkata...

Wah... secocok gitu. Hehe...


Terbaru dari Logokoko:

[U] Jangan marah-marah, nanti kena jual!

[U] Logo baru untuk Ben Ashaari!

[13PG] Gambar kemalangan ngeri di tapak binaan

♥♥♥Mrs_IceLemonTea♥♥♥ berkata...

slm akk..begitulah nasib maz sekarang kak....suami terus-terusan curang dr belum kahwin smpai skrng..dh puas berdoa...berusaha...tp si betine tu nak jugak tgk hidup sy hancur walau dye tau bofren dye suami org..akk lawat la blog maz..

GreenAppleKu.com berkata...

Salam Maz, saya tidak dpt akses ke blog maz kerana...

Profil Blogger yang anda minta tidak boleh dipaparkan. Ramai Blogger pengguna belum lagi memilih untuk berkongsi Profil mereka secara awam.

Cuba Maz semak apa ye...

syazwani ariff berkata...

Yup setuju jodoh pencurang dengan perampas..setengah tahun curang at last dpt taw...bngganya perempuan bernama batrisya tu ckp die ttp nk jntan bernama nilhaqim ni...si perempuan perampas si lelaki pencurang...CASH bayarannya....

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.