Bila si curang jodohnya dengan si perampas, ramai yang jelik dan ramai yang rasa menyampah melihat kepada mereka. Walaupun mereka berasa bahagia dan gembira kerana akhirnya mereka selamat di ijab kabulkan namun mereka lupa di sebalik kegembiraan mereka, ada air mata insan lain, ada hati insan lain yang terguris dengan sikap mereka berdua.    

"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."

Ah, hati dilanda kebimbangan...

"Yang penting bukan siapa pasanganmu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"


21 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Sebagai pasangan suami isteri, kita kena sama2 bekerjasama supaya bahtera yang kita kemudi ini tidak karam ditengah lautan... Berdoa semoga kita sentiasa dibawah Rahmat Allah S.W.T. Amin...

    BalasPadam
  2. @ Laman Alia, jangan curang pada pasangan dan jangan jadi perampas hak milik orang lain.

    BalasPadam
  3. setuju..jodoh di tangan Allah walau bagaimana caranya..namun, tidak setuju betul..dengan 'cara' isteri/suami 'mencari' apa yang 'baik' dengan mereka...

    BalasPadam
  4. Mintak dijauhkan jadi cengitu. Simpang Malaikat 44.

    BalasPadam
  5. sedih bace kesah2 gini,huhuhu......adakah akan ada kebahgiaan pada org2 gini?

    BalasPadam
  6. @ Nora Shahaira, tapi inilah yang byk org kita cari sekarang ini. Dah ada yg HALAL, yang HARAM juga yang menjadi impian. Hingga ada yg tidur malam tak lena.

    BalasPadam
  7. @ Nurhasliza Jeffry , kena selalu minta pada Allahswt, moga pasangan kita tidak curang dan kita juga tidak curang pada pasangan kita.

    BalasPadam
  8. @ Ayen..., hanya yang tidak ada rasa perikemanusiaan yg akan rasa bahagia dengan berbuat sedemikian. Entah apa yg mereka cari. Subahanaallah.

    BalasPadam
  9. selalu tengok keadaan macam nih, kesian tengok nasib orang yang malang tuh.

    BalasPadam
  10. yang penting perjalanan selepas kahwin tu..
    yang sebelum kawen tu kita
    tinggalkan la mana yang tak elok..

    BalasPadam
  11. Maaf jika agak kurang ajar tapi jika sekali sudah curang, si perampas kena ready je sebab si curang akan curang lagi bila-bila masa...itulah jawabnya...Allah swt balas cash di bumi nie...

    BalasPadam
  12. beri kesempatan untuk manusia berubah.

    BalasPadam
  13. @ eiela , jgn tgk sahaja, sekali skala kita cuba memberi kata semangat buat mereka yg di tinggalkan. :)

    BalasPadam
  14. @ diana, ujian akan tetap hadir dalam apa jua bentuk dan perkara. Persiapkan agama, mental dan fizikal. Sekiranya ujian melanda, kita masih boleh bertindak waras dan bersama mencari jln penyelesaian yg terbaik. :)

    BalasPadam
  15. @ Rawlins Ichigo Takashi Lutz, mana ada kurang ajar tapi itu adalah hakikat kehidupan. Umpama roda yg berputar, masanya akan tiba juga. :)

    BalasPadam
  16. @ delarocha, berapa byk kesempatan yang sepatutnya di berikan yer?

    BalasPadam
  17. suami dan isteri saling melengkapi.
    paling penting ialah SABAR BANYAK SANGAT sebab kita nak menempuh hidup dengan orang yang asing kan?

    BalasPadam
  18. slm akk..begitulah nasib maz sekarang kak....suami terus-terusan curang dr belum kahwin smpai skrng..dh puas berdoa...berusaha...tp si betine tu nak jugak tgk hidup sy hancur walau dye tau bofren dye suami org..akk lawat la blog maz..

    BalasPadam
  19. Salam Maz, saya tidak dpt akses ke blog maz kerana...

    Profil Blogger yang anda minta tidak boleh dipaparkan. Ramai Blogger pengguna belum lagi memilih untuk berkongsi Profil mereka secara awam.

    Cuba Maz semak apa ye...

    BalasPadam
  20. Yup setuju jodoh pencurang dengan perampas..setengah tahun curang at last dpt taw...bngganya perempuan bernama batrisya tu ckp die ttp nk jntan bernama nilhaqim ni...si perempuan perampas si lelaki pencurang...CASH bayarannya....

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama