BERAPA BANYAK WANG DALAM AKAUN ANDA ?



Wanita, berapa banyak wang dalam akaun anda ? Tiba-tiba terfikir di fikiran untuk menyemak semula status kewangan simpanan peribadi terkini. Adakah berjumlah RM40j ? Jika belum, bagaimana cara untuk mencapai matlamat tersebut. 

Kata orang wang bukanlah tujuan utama kehidupan ini tapi realitinya untuk meneruskan kehidupan, semuanya memerlukan wang. Ditambah dengan kenaikkan harga barang, harga petrol, harga rumah, harga ayam, harga ikan dan bermacam benda lagi yang naik, wang memang di perlukan untuk meneruskan kehidupan kan.

Teruja melihat simpanan peribadi seorang wanita yang berjumlah seperti di atas. Simpanan peribadi bukan simpanan bersama. 

Sangat penting mempunyai simpanan peribadi kerana jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini, kita masih mampu meneruskan kehidupan ini seperti biasa. Hati rasa tenang kerana kita telah " sediakan payung sebelum hujan." 





7 ulasan:

  1. yup..simpanan penting utk emegency

    BalasPadam
  2. sekarang duit penting!! kawan blh jadi lawan kerana duit..itu baru kawan...belm sedara mara ;)

    BalasPadam
  3. sangat penting saving duit muda2...dan saya juga beli insuran utk diri! abg cakap belum kahwin elok beli insuran...eeeeee

    BalasPadam
  4. nak jgk ada simpanan byk gitu tp.........huhu.

    BalasPadam
  5. Jom laburkan duit tuh dan men-triple-kannya dalam masa 15 tahun. :-)


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Tikus mondok yang peramah

    [U] Dua lagi rekabentuk LOGO mengancam untuk pilihan EqbalZack.com!

    [18SX] Cinta malam pertama

    BalasPadam
  6. Syukur dalam akaun saya ada lah sikit untuk masa pencen dan anak anak kelak. Amalkan sistem pengurusan wang paling mudah ini, RR telah mengamalkan nya hampir 10 tahun dan berjaya

    Formula mudah
    60 % kegunaan diri sendiri dan keluarga
    20% untuk ibu dan ayah
    10% simpanaN tetap ( tak boleh sentuh sampai pencen)
    10% simpanan untuk kecemasan, macam main kutu sorang sorang.

    Kuatkan semangat dan keyakinan, Insya Allah berjaya. Memang terbukti, ini bukan mlm atau login hari hari dapat duit, tapi ia adalah dari titik peluh sendiri.

    BalasPadam
  7. entry untuk wanita sahaja ni... hehehehe

    nak cepat kaya nanti minta hantaran tinggi2 k .. huhu

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!