My Instagram

AKU MAHU BERCINTA




Zulaikha : Kau pernah couple tak?

Aku : Err... selama 21 tahun hidup ni aku tak pernah couple.

Zulaikha : Tipu lah! Tak kan sekali pun tak pernah?

Aku : Betul lah. Tak percaya sudah!

Zulaikha : Kau tengok Ain dengan Hasyir tu, sweet kan tengok diorang couple.

Aku : Sweet macam mana tu?

Zulaikha : Ye la! Aku dengar dah lama diorang bersama, dari zaman sekolah lagi. Dekat tujuh tahun tu! kekal lagi diorang sampai sekarang. Alangkah bagusnya kalau aku dapat pakwe macam Hasyir tu.

Aku : Pakwe macam Hasyir?

Zulaikha : Aku ni tiada siapa nak kat aku, aku juga tak pernah couple. Aku tidak pernah rasa cinta dari seorang lelaki, aku rasa macam hidup aku kosong je. Kalau ada pakwe kan seronok. Hmm... ada orang yang ambil berat tentang aku, makan minum aku, sihat ke tidak. Rasanya aku kena tukar stail aku kot supaya aku lebih nampak seksi dan menarik di mata lelaki.

Aku : Astaghfirullah hal’azim...! Kau cakap apa ni Zulaikha? Aku juga tidak pernah couple, tapi aku tidak pernah merasakan kekosongan dalam hidup aku. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada bersama hamba-hambanya, jodoh pertemuan itu Allah S.W.T kan dah tentukan. Siapalah kita untuk mempersoalkan kuasa-Nya?

Zulaikha : Aku teringin ada seseorang yang aku cintai dalam hidup aku.

Aku : Zulaikha, setiap manusia itu memang tidak terlepas daripada perasaan ingin bercinta dan dicintai. Cinta itu fitrah cuma jangan sampai cinta itu menjadi fitnah. Kau lihat sahaja pasangan couple yang ada di sekeliling kita. Aku tidak mahu kau menjadi salah seorang daripada mereka! Kekalkan penampilan kau sebegini, biar nampak sederhana asalkan sempurna! Dekatkan diri pada Allah, sentiasa berdoa. Insyaallah, jodoh kau pasti tiba suatu hari nanti.


GreenAppleKu : Jangan terlalu terdesak sangat hendak bercouple. Orang ada couple, anda pun nak couple juga. Siapa kita untuk melawan ketentuan dariNya. Siapa kata hidup ini sunyi jika anda masih tidak punya couple? Allah s.w.t kan ada. Bernafasnya kita pada hari ini pun kerana kasih sayang dariNya. 


8 ulasan

Jejaka Terhangat berkata...

mmg bto..ada orang yg berkapel sbb nak isi kekosongan dalam diri je. orang kapel, dia jeles. dia pon nak kapel gak. tp takde perancangan lagi nak terus berkahwin.

tapi, ada jugak yg nak ada pasangan, sbb dah sedia nak berumahtangga. dan rasanya tak salah kalau dia pegang konsep kenal hati budi dulu sblm terima seseorang tu jadi pasangan hidup dia.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Jejaka Terhangat, tak salah jika konsep itu masih berlandaskan agama Islam. Masih menjaga batas-batas dalam pergaulan. TQ sifuku, kerna sudi drop komen. :)

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA berkata...

betul tu.. Tak perlu terburu buru.. the time will come.. jodol pertemuan semuanya di tanganNya.. Insyaallah akan sampai jua waktunya =)

hamzah ian berkata...

pikir betul2..

fiq. berkata...

betul, kalau jodoh, tetap jodoh, doa je untuk terbaik,, tak payah nak merenyam kan, huhu ;D

PEAH berkata...

kluarga dn kwan perlu mainkan peranan penting agr tak rsa kesunyian..

Mira R. berkata...

kalau dah jodoh,tak kemana pun. jangan terlalu mendesak memilih jodoh. bimbang takut merana diri.

Tanpa Nama berkata...

fhm perasaan zulaikha..tak pernah kapel..tak tau bila nak jumpa 'mr right' ni..family & kawan pun ada life masing2..1 day kita terpaksa ada life sendiri..