DI SETIAP KERDIPAN MATA


Gambar dari En.Google..

Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan, dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaNya kedua tapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang subuh, iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolonganNya, dan tatapan mata hamba yang penuh harapan, dan segunung benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon, mengharap dan memanggil. Dengan menyebutNya, di mana hari akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, saraf tidak lagi menegang, akal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang mengembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojakan api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam.

Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.


Nota : Sumber asal dari buku Don't be sad. Semoga ada manfaat bagi mereka yang memerlukan dalam menempuh pelbagai ujian di dunia yang sementara ini. 

Terima kasih kerana sudi singgah, baca dan komen di blog picisan ini.



5 Ulasan

  1. sedih la pulak baca ayat2 tu.tapi nasib baik dlm dalam buku don't be sad..
    hehhe :)

    BalasPadam
  2. buku La Tahzan kan ?

    sangat2 menenangkan hati ..

    ameenn

    BalasPadam
  3. ia bermakna...

    mendalam...

    mengingatkan...

    terima kasih....

    BalasPadam
  4. buku tu mmg banyak membantu...aku pn slalu refer buku tu...alhamdulillah...

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!