Dalam hidup ini, terutama jika anda seseorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membangun, maka anda akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan pahit. Mungkin pula, sesekali anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.

Adapun apabila anda masih berada di tengah-tengah mereka, maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuat anda bersedih dan mengusik ketenangan anda. Mereka marah dan kesal kerana anda mungkin mengungguli mereka dalam hal kebaikkan, keilmuan, tindak-tanduk atau harta.

Oleh sebab itu, waspadalah terhadap apa yang mereka katakan, kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Jika anda merasa terusik dan terpengaruh oleh kritikan dan cemuhan mereka, bererti anda telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan anda. 

Yang terbaik adalah menjawap atau tindak balas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Acuhkan sahaja mereka, dan jangan anda merasa tertekan oleh setiap angkara mereka untuk menjatuhkan anda.

Kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk anda.  Semakin tinggi darjat dan posisi yang anda duduki, maka akan semakin pedas pula kritikan itu.

" ....matilah kamu dengan kemarahan kamu itu..." (Al 'Imran: 119)

Melawan perkataan mereka yang buruk dengan diam seribu bahasa dengan cara memperbaiki akhlak dan meluruskan setiap kesalahan anda. Dan apabila anda ingin diterima oleh semua pihak, dicintai semua orang dan terhindar dari celaan, bererti anda telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk di wujudkan.






Sumber : Don't be sad. 

4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. salam...menarik entri ni...cuba terus baiki diri dengan lebih bersabar untuk diam =)

    BalasPadam
  2. @ delarocha, kalau saya nak juga gunakan pemadam api jer..hehe..

    BalasPadam
  3. @ Azhan, diam bukannya bererti kalah. Malah ada juga yang berdiam kerana dah malas nak layan agaknya. Makin di layan makin menjadi dan semakin bebal.

    lebihkan bersabar untuk diam.. ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama