ALKISAH SI PENJUAL SURAH YASSIN - Eiza GreenAppleKu

ALKISAH SI PENJUAL SURAH YASSIN

Lunch time berbaki lagi 45 minit. Tidak sempat untuk duduk makan di food court. Have to take away. 

" Kita take away jer yer. Tak sempat nak makan ni. Nak cari hadiah lagi. " 

Ler, ilmu apa yang ada pada si Maya ni. Bagaikan dapat membaca apa yang sedang terfikir di fikiran Lisa pada waktu itu. Sambil belek jam tangan sambil mulut Maya petah berkata-kata. Mereka berdua mempercepatkan langkah.

Tiba-tiba Lisa menarik lengah Maya untuk menukar laluan menghala ke celah-celah kereta yang ada. 

" Malas aku nak bertembung dengan Mat Pakistan tu. Kau perasan tak, tiap kali kita ke sini, muka dia sure ada. " rungut Lisa tanda tidak suka.

" Iya tak iya juga kan. Aku rasa Mat Pakistan tu student lagi tu. Buat part-time jual Surah Yassin. Macam dah takder cara lain nak cari rezeki. Ayat Al Quran pun hendak diperdagangkan.

Taktik mereka ni, mula-mula beri salam. Dan dah tentulah kita akan jawap salam kan. Dan dari situlah mereka akan mula pasang jerat. Hulur Surah Yassin, kononnya sedekah. Bila kita ambil mulalah mereka minta wang sedekah tu. Memang aku marah sebab mereka tanpa segan silu menggunakan agama untuk niat tidak baik mereka tu. 

Kalau pakcik atau makcik yang minta sedekah ni, aku tak ralat sangat. Ni, jika dilihat dari segi fizikal, tak cacat pun, muda lagi, masih mampu cari rezeki dgn cara lain tapi cara ini juga yang mereka pilih. Nampak sangat sikap tidak ikhlas mereka kan." Maya meluahkan apa yang telah lama terbuku di hatinya.

" Assalammualaikum sister.."

Terkejut Lisa dan Maya. Rupanya Mat Pakistan tu dah ada rakan niaga. Entah dari mana munculnya.

" Waalaikumsalam. "

" Ini Surah Yassin. Saya sedekah. Ambillah satu. " 

" No, thank you. "

" Masya Allah, saya mau sedekah pun tak mau ambil ka. Ini Surah Yassin. "

Berbulu telinga Lisa dan Maya mendengar kata-kata tersebut. Suka hati mak pak dia nak komen sesedap rasa. Memang cari gaduh betullah.

" Hei you. Dengar sini. Kalau niat you nak sedekah Surah Yassin. You bagi sajelah tanpa mengenakan sebarang bayaran. Itu barulah sedekah. Ini tak, lepas bagi Surah Yassin ni, you minta duit. Tak malu ka. Badan sihat. Tak cacat. Pergi cari kerja lainlah. Jangan tipu orang macam ni."

Lisa melepaskan amarahnya. Melopong mulut Mat Pakistan tersebut. 

" One more thing. Ini you masuk Malaysia, ada premit ker? Kalau ada you guna visa apa? Student ker? Pelawat ker? ...bla..bla..bla.." tambah Maya yang akhirnya membuatkan Mat Pakistan tersebut berlalu pergi.

Bukan niat hendak mencari gaduh tapi adakalanya kita tidak boleh berdiam diri melihat agama di permainkan. Malaysia adalah negara kita bukan negara mereka. Siapa mereka untuk memgambil kesempatan di atas budi baik rakyat Malaysia. 


Inilah yang berlaku kepada golongan Ahlul Kitab yang dilaknat oleh Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: “Ini dari sisi Allah”, supaya mereka (dengan perbuatan itu) dapat membelinya dengan harga yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu”. (Surah al-Baqarah, ayat 79).

5 ulasan

delarocha berkata...

nak sedekah pun jadi tak ikhlas klu mcm tu

GreenAppleKu.com berkata...

@ delarocha, betul. kalau awak jumpa Mat Pakistan tu, apa awak nak buat yer?...

FYA PELANG! berkata...

geram den. grrrr :|

Firdaus Kasim berkata...

awk, thanks sudi share kisah cinta.. apa emel awk ye?

Подтверждаю berkata...

as salam..
wah! suka entri ini.. memperdagangakan agama..
adei..
ok, pinjma idea sat. nak buat entri kat blog utama

=)


Berubat Dengan Minyak Wangi Ka'abah

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.