SEDIKIT KISAH UNTUK DIKONGSI BERSAMA - Eiza GreenAppleKu

SEDIKIT KISAH UNTUK DIKONGSI BERSAMA


Baru selesai menjalankan segala tugas untuk hari ini dengan jayanya. Syukur kerana apa yang telah dirancang dapat di selesaikan mengikut perancangan. Minggu ke empat pada setiap hujung bulan merupakan minggu azab (minggu sibuk yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata) oleh pekerja yang bekerja di bahagian pentadbiran dan perakaunan. Tidak terkecuali juga di bahagian unit pengurusan projek.

Pekerja di unit pengurusan projek sibuk menyediakan draft untuk minit mesyuarat, claim projek dan etc untuk dimajukan ke bahagian perakaunan. Begitulah rutin kesibukkan di sebuah syarikat perunding arkitek swasta setiap kali tiba hujung bulan. Itu pun sudah di kira bernasib baik. Jika ada pihak kontraktor yang menghantar claim untuk kerja pengeluaran sijil arkitek, lagilah bertambah meriah sibuknya.

Bukan hendak tunjuk hebat tapi sekadar bercerita situasi di sesetengah syarikat setiap kali tibanya hari raya hujung bulan. Boleh bikin nangis wo mengenangkan kerja yang beratur untuk diselesaikan. Kenapa tetiba pula saya rasa nak nangis. Sebab kerja di bahagian pentadbiran, perakaunan dan unit pengurusan projek semuanya saya kena buat sorang diri. Tak caya? Percayalah.

Inilah realiti alam pekerjaan seorang administration (admin) zaman sekarang. Admin sekarang tidak tertumpu pada satu skop bidang kerja sahaja. Admin sekarang terpaksa menjalankan beberapa skop kerja yang lain seperti yang diarahkan oleh majikan.

In my situation saya mengalas empat tugas lain. Have to be independent dan mampu menjalankan tugas dengan pengawasan yang minimum oleh bos. Dan untuk memastikan anda mampu buat semua tugas tersebut, anda perlu optimis dan cintakan kerjaya anda. Tanpa dua perkara tersebut anda mungkin akan berasa stress dengan tugasan setiap hari.

Rasa dibuli ? Em, tidak juga sebab bos saya tahu menjaga kebajikan dan menghargai setiap pekerjanya dengan pemberian bonus dan trip percutian pada setiap tahun. Ye, setiap tahun. 

Blog adalah medan bagi saya untuk menghilangkan rasa penat setelah seharian menjalankan tugas utama di tempat saya mencari rezeki. Itu sahaja untuk kali ini. Selepas segala tugas utama selesai dijalankan, barulah boleh menjalankan aktiviti berblog tanpa rasa bersalah..huhu..

p/s: Jangan asyik berblog sampai tugasan utama terabai. Tidak kiralah korang sorang pekerja ataupun sorang pelajar. hehe..Oh ya, thousand thank you kepada follower yang sudi follow blog picisan saya untuk hari ini. Insyaallah, berikan saya sedikit masa untuk saya terjah semula blog korang semua.


Begitu juga buat blogger sedia ada yang selalu singgah, drop komen dan cari gaduh ngan saya. Ler, betul, ada juga blogger yang tidak puas hati ngan saya. Tak caya klik sini. Ni macam nak cari pasal ngan saya nih..tak per saya cool jer..

7 ulasan

Gen2Merah berkata...

hehehehe.. Ingatkan betul2 tadi ada blogger tak puas hati ngan Green Apple... ihihi.. hampir lagi saya nak terjah balik blog tu.. (",)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Gen2Merah, awak terjah jer, mana tahu lepas ni dia tak puas hati ngan blog awak pula.hehe..

Nora Shahaira berkata...

walaupun anda pekerja atau pelajar..ha terringgal..surirumah juga..asyik berblog smpi rumah dan keluarga jd huru hara kan..
bab kerja tu sy percaya...jgn risau memg percaya sangat..apa pun yakin boleh...yakin pd rezeki Allah

GreenAppleKu.com berkata...

@ Nora, ini best buddy saya, hehe betullah apa yg awak kata tu, surirumah. Surirumah pun satu kerjaya juga tau. Jangan pandang sebelah mata. Tugasan mereka lebih mencabar. Perlukan kesabaran, disiplin dan kreativiti. Kalau tak der tu semua, tak yah blogging..huhu..

Jejaka Terhangat berkata...

grr..tak puas hati gak..hehe..

banyak tugas yg dia buat selain admin ek. papepon, semoga sukses dlm kerjaya yg dipilih yek cik epal hijau ku..=p

GreenAppleKu.com berkata...

@ Jejaka Terhangat, nak wat camna, kerja sekarang susah nak cari. Tidak boleh terlampau memilih. Alah tegal perkara biasa.

Dalam menjalankan tugas harian, kekadang tu saya berdepan dgn pelbagai kerenah manusia. Ini juga salah satu sumber inspirasi utk artikel. hehe..

qucachahir berkata...

hehe..kite paham tue.. ;)
banyak keje kene buat..
report yang berlambak-lambak..
claim lagi..
saba kak.. :)

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.