Tertanya-tanya juga saya bagaimanakah caranya. Bolehkah kita meminimumkan akses kita ke pintu neraka ?

" Ketahuilah, wahai saudaraku, bahawa jahanam adalah makhluk yang sangat besar. Ia adalah penjara Allah di akhirat untuk golongan ateis, musyrikin, kafir dan munafikin selama-lamanya. Allah berfirman yang bermaksud: 'Kami menjadikan jahanam sebagai tempat tinggal orang kafir.' (Surah al-Isra' 17:8) Adapun pelaku dosa besar daripada kaum Mukminin, maka mereka akan berada di dalamnya untuk sementara waktu lalu dikeluarkan kembali." Kata-kata Imam  Wahab al-Sya'rani (w.973H) dalam kitabnya al-Yawaqit wa al-Jawahir.

Penyebab manusia masuk ke dalam neraka adalah pada tujuh anggotanya iaitu lima pada pancainderanya ( mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) juga syahwat dan emosi. Maka pintu-pintu neraka juga berjumlah sebanyak tujuh buah pintu. Setiap orang ahli neraka akan dicampakkan melalui pintu-pintu yang di sesuaikan dengan amalan masing-masing.

Sebaliknya, sesiapa yang selalu menjaga ketujuh-tujuh anggota ini daripada maksiat, maka tertutuplah pintu-pintu jahanam itu  menjadi dihadapannya.

Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: " Jaminlah bagiku enam perkara, maka aku menjamin untukmu syurga. Jujurlah jika kamu berbicara, tepatilah jika kamu berjanji, sampaikanlah jika kamu di beri amanat, jagalah kemaluanmu, tundukkanlah pandanganmu dan jagalah tanganmu."

GreenAppleKu : Enam perkara yang dipinta oleh Nabi Muhammad SAW bukanlah perkara yang membebankan untuk dilaksanakan oleh kita sebagai umatnya. Ehm namun enam perkara inilah yang sering kita lihat dan dengar menjadi yang sebaliknya.

Tidak jujur dalam berbicara, tidak menepati janji, tidak menyampaikan amanat orang lain, zina menjadi perkara biasa, pandangan yang tidak dijaga dan tangan yang memberi dan mengambil hak yang telah dilarang dalam agama.

Maaf jika artikel kali ini yang saya petik dari majalah solusi (isu no.31) agak berat untuk kita bicarakan bersama. Moga ianya ada manfaat untuk kita jadikan panduan kehidupan sebagai umat Islam.


8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Alhamdulillah, BW pagi ni kat sini dapat mengingatkan kita dari terus lalai dan alfa dalam menjalankan tugasan harian. Terima Kasih.

    salam singgah semoga anda ceria selalu dan mendapat rahmat oleh NYA.

    BalasPadam
  2. Artikel yg cukup bergune sbb kekadang kite sering terlupe/lalai tapi mampukah kite utk laksanakan 6 perkare itu?...

    BalasPadam
  3. ayah saya pelanggan setia solusi. semua isinya berat untuk difahami. insyallah menjadi ringan sekiranya didalam kategori mukminin dan mukminat.

    BalasPadam
  4. ush nicela akak green apple. Bagus artikel ni.. Kita ni memang lalai. Hm...

    Ateis tu pe mksud dia eh?

    BalasPadam
  5. @ Akid, Ateis tu bermakna : orang yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

    BalasPadam
  6. @ not irene, solusi adalah sebuah majalah panduan untuk hidup bersyariat. Setiap isu yg dikupaskan punya lenggok bahasa yg membuat kita tidak bosan membaca dan penyampaiannya senang untuk kita fahami. Lain dari majalah agama yg lain. Memang awesome majalah solusi ni.

    BalasPadam
  7. @ AkuAnakMuda, realitinya memang sukar jika dilihat kepada situasi masa kini. Namun bersamalah kita berusaha kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    BalasPadam
  8. @ Pakciklie, terima kasih kerana sudi singgah di blog picisan ni. Dapatkan segera majalah solusi keluaran terbaru. Sekali anda baca, konfem terus jatuh cinta.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama