My Instagram

MATERIAL GIRL..



" DKNY Signature HOBO..perghhh mau melayan dalam ratusan ringgit juga nih. But for this girl guwe peliks ler, cam na dia mampu membeli barangan branded nih" 

Chit chat Sarah bersama Liya pada suatu hari semasa mereka window shopping. Memang kelabu biji mata kedua sahabat itu apabila melihat hand bag yg terbaru  di pasaran. Nak beli kewangan tidak mengizinkan, cukuplah ambil gambar dan tatap puas-puas.

" Siapa yang awak maksudkan ni Sarah."

' Alah, staff management yang gedik tu ler. Siapa lagi kalau bukan Mia. Mia Edora Analieya Elisya tu. "

" Mak datuk, panjang betul nick name Mia. Mau tergeliat lidah aku menyebutnya. Tapi dasyat juga memori kau Sarah. Boleh ingat nickname Mia. Hahaha.."

" Itulah kelebihan draftperson cam aku nih. Macam-macam formula dalam kepala aku nih. Eh..setakat nama Mia, kacang jer tu."

" Yer lah aku pun pelik tengok nafsu berbelanja Mia tu. Nak harap gaji yang dia terima, memang tak mampu dia nak beli semua barang branded tu. Aku rasalah, dia ada yang membela nih."

" Same goes to me, material girl cam Mia tu, bukan dia nak sangat kat lelaki lelaki tua yang tak sedar diri tu, dia just nak kan duit mereka jer. Aku pernah tanya kat dia, kau tak takut ker Mia, mainkan perasaan orang. Kau tahu apa dia jawap?"

"Ha.. apa yang dia jawap. Manalah aku tahu kalau kau tak beritahu, tah apa-apa lah kau ni."

" Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Orang memberi kita merasa. Orang berbudi kita janganlah sampai tergadai body."

" Mak datuk, ilmu apa yang si Mia tuntut tu. Tapi respect satu jer, Mia tak sanggup gadaikan bodynya. I hope she can take care of her self. "

" Aku pun. Tapi tak baik lah Mia buat perangai cam tu. Kalau satu hari nanti kantoi camna."

" Sendiri mau ingatlah.."



4 ulasan

Sunah Mohammad berkata...

724~ ngee...

Ayuni berkata...

pengajaran....

kakchik@ella berkata...

Haih .. Moga kita sentiasa berada di landasan yg betul.

Cikgu ct berkata...

fuh... rambang mata jdnya. moga2 tidak terikut begitu