Menurut sumber dari sebuah akhbar baru-baru ini, di katakan hampir RM 42 billion harta yang tidak dituntut. Satu jumlah yang banyak. Apakah yang menyebabkan harta tersebut tidak dituntut. 

Banyak sebab yang menyumbang pada keadaan itu dan antaranya ialah harta tidak berwasiat, perbalahan waris, penipuan waris dan kekurangan tenaga untuk menyelesaikan kes.

LEBIH MUDAH TANPA WASIAT

Menurut Saifuldin Abdul Aziz, Penolong Pengarah Seksyen Pembahagian Pusaka, Selangor Utara yang berpengalaman selama 13 tahun menguruskan harta pusaka, beliau meluahkan, ibu bapa tidak perlu susah-susah untuk menamakan harta kepada anak-anak. Jika ada anak lelaki dan perempuan maka membuat wasiat bukanlah satu keperluan yang mendesak. 

Sebaliknya jika tidak mempunyai zuriat, wasiat adalah satu perkara yang penting. Harta yang ditinggalkan perlu diwasiatkan kepada penerima yang layak.


" Tidak perlu ada wasiat, sebab apa yang saya tengok wasiat yang ada didalam pasaran hari ini adalah wasiat untuk ditinggalkan harta kepada isteri dan anak-anak. Sebenarnya tidak perlu wasiat sekadar untuk waris yang disebut didalam faraid.

 Wasiat yang paling baik apabila kita hendak tinggalkan harta pada surau, kebajikan, amal jariah, wakaf dan anak yatim. Ini wasiat yang akan menyambung amal jariah kita setelah mati kelak. Ataupun ada adik-beradik yang susah dan ada anak saudara kita boleh wasiatkan kepadanya supaya hidupnya boleh berubah."

Wasiat tidak laku selagi tidak disahkan oleh Mahkamah Syariah. Nampak memang cantik bila ada wasiat, tetapi kita tidak fikir hal sebaliknya. Banyak kes yang datang ke pejabat tanah menunjukkan surat wasiat untuk menuntut harta yang ditinggalkan oleh si mati. Pejabat tanah hanya mengikut apa yang Mahkamah Syariah telah tetapkan berkenaan wasiat itu.

Memang tidak dinafikan wasiat masih ada manfaatnya cuma waris terpaksa melalui satu proses birokrasi lain yang lebih rumit dan panjang. Lebih baik tidak perlu ada wasiat. Bincang adik-beradik baik-baik, lebih selamat di dunia dan akhirat.

Sebenarnya kita bukan sahaja bercerita mengenai pembahagian harta pusaka saja tetapi kena mempersoalkan juga keberkatan harta.

Tidak ada nilainya jika kita dapat harta tetapi dengan cara yang tidak baik. Penipuan terjadi apabila kita lupa tentang keberkatan harta. Kebanyakkan orang hanya takut undang-undang dunia dan tidak pada akhirat.


Sumber : Majalah Al Islam keluaran April 2011.


4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Org dulu2 suka sgt wasiat mulut, tak sain apa b&W, mcm atok aku.. nie bila dah meninggal wasiat mulut jadi buat cerita jer.. adik beradik lain bukan nak pecaya.. so terpaksa settle cara lain... huhuhu

    BalasPadam
  2. @ Lizzie, kalau buat wasiat mulut pun tak der masalah sebab selagi nama kita tersenarai dalam faraid, insyaallah ada haknya. Tapi orang sekarang ni, ada yg suka tentang peraturan. Makan harta yg tidak sepatutnya. Mereka lupa kot dgn pembalasan d sana kelak. Hemmm...

    BalasPadam
  3. hm, harta boleh wat org ilang akal...

    BalasPadam
  4. aku baru mengalami proses pembahagian harta(still dlm proses), aku rasa sedikit x puas hati,bukan kerana aku tamakkan duit cara pembahagia yg x betul:-
    ) aku langsung tidak dipanggil berbincang bersama adik-beradik tentang pembahagia ni, tup tup tiba panggil aku utk angkat sumpah
    2) nilai rumah aku bg contoh rm150k, tp dibahagi cuma rm100k ikut faraid, selebihnya rm50k adik aku nk dia kata nk buat repair rumah....mmg rumah tu dia yg tinggal...aku tau pun selepas angkat sumpah, baru dia org cerita kt aku rm50k tu dia ambil
    3) skrg ni kenapa adik aku x bincang nk guna wang tu...dan aku x tau skrg sah atau tidak bila diao rg buat mcm...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama