KES LEGGING DAH KETERLALUAN

Seingat sayalah, fesyen legging nih dah lama wujud. Sejak zaman saya sekolah rendah lagi. Dalam sekitar tahun 80'an. Tapi dahulu legging digayakan dengan t'shirt besar. Sekadar dibuat pakaian tidur. Ada juga yang gunapakai sebagai penganti kain dalam. Ini kes malas nak pakai kain pendua. Lebih selesa pakai seluar. Luas sedikit bila buka langkah seribu.

Masa berlalu silih berganti. Kini legging muncul kembali dengan pelbagai corak dan gaya di peragakan. Memang kreatif mereka memperagakan sehingga ramai yang tertarik untuk mencuba. Saya tidak salahkan fesyen. Manusia yang hendak memakainya sepatutnya tahu bagaimana untuk mengayakan sesuatu fesyen terkini andai tidak mahu dikatakan ketinggalan fesyen.

Legging, fesyen seluar yang ketat lagi melekat. Seperti kita memakai stokin. Lekat dan melekat menampakkan bentuk kaki. Jelas kelihatan bentuk tapak kaki. Terkini yang saya terpandang, legging berwarna pink digayakan dengan t'shirt berwarna putih paras pinggang. Dan jelas kelihatan warna seluar kecik dek kerana baju yang di pakai tidak labuh menutupi paras punggung.

Saya yang terlihat, rasa seperti ingin menghulurkan jaket saya pada wanita terbabit. Malu! Dan kejadian tersebut berlaku di tempat awam. Ramai mata yang memerhati. Ada yang terpandang berkali-kali. Dan yang paling nakal, ada yang snap gambar wanita tersebut. Siap senyuman yang penuh kepuasan kerana punya koleksi terkini cara ber'lengging'. Saya yang hendak melangkah ke farmasi berdekatan terbatal niat. Risau memikirkan keselamatan diri sendiri.

Girl out there, please. Jangan dek kerana tidak mahu kalah dalam isu berfesyen, anda terlupa keselamatan diri sendiri. 


18 ulasan:

  1. diorg ni mangsa fesyen, kak....

    BalasPadam
  2. huhu....hai dear..1st time datang sini

    BalasPadam
  3. ouh..abang ad jugak buat kes legging ni..memang dah jemu tengok..macam2..biarkan pun susah jugak..haaih

    latest entry : Maksud Ayat Couple

    BalasPadam
  4. Perempuan legging seksi sangat sekarang. Melayu dah kalahkan Chinese untuk kes seksi-seksi nie. Adakah kes rogol, liwat dan zina akan berkurang kalau perkara begini berlaku?

    BalasPadam
  5. seluar ni klu dipakai dengan baju pendek...
    amat2 tidak sesuai....
    keladang ada yg tal perasa yg seluar ni dah terpecah jahitannya....

    mas memang tak minat ngan seluar ni...

    BalasPadam
  6. Mereka yang pakai legging makin hari makin bercambah. Sikit pun tak rasa bersalah. Sikit pun tak terasa maruah mereka dicampak sewenang-wenangnya.

    p/s: Macam kenal ayat anda di atas tu. "Ini adalah blog peribadi....." Untuk pengetahuan, itu ayat saya :)

    BalasPadam
  7. ha'a sebab sorang wat hal,org len jd mangsa..pastu nnt ade org yg xtau malu pun ikut trend tuh..entahlah...:(

    BalasPadam
  8. @ Hami Asraff, memang awak kenal sangat ayat tersebut sebab hak milik awak. Saya dah lama tercari wording yg sesuai dan akhirnya saya dah jatuh hati pada blog awak termasuklah ayat tersebut. Awak orang yg baik hati kan... : )

    BalasPadam
  9. @ Lulu, you are welcome dear to this blog walaupun saya dah berkali-kali ke blog awak. : )

    BalasPadam
  10. @ Girl, tak baik tau salah cik fesyen, orang yg gayakan tu salah..cian cik fesyen..haha..

    BalasPadam
  11. @ Abang Zam, saya tahu abg Zam selalu perihatin terhadap sesetengah kaum wanita yg tersalah haluan.. :)

    BalasPadam
  12. @ akuwan, rasa saya ler, mungkin kes tersebut tidak akan berkurangan kot. Yg paling dirisaukan, lain org yg seksi lain org yg jadi mangsa.

    BalasPadam
  13. @ Mas, hai mas, masalah besar tu mas kalau seluar dah terpecah jahitan. Ada hikmahnya kalau baju labuh kan.

    BalasPadam
  14. @ Zameer, ikut trend tapi masih tidak melampaui batasan..cun kan kalau mcm tu.. : )

    BalasPadam
  15. Legging,legging dan legging.. sadis woo.. huhu.. inilah berpakaian seperi telanjang.. tak pandang pempuan yg pakai ni..hehe..

    Entri Lelatest
    99 Hari Kisah Klasik Kita : Doa Malam Pertama

    BalasPadam
  16. legging ni bagi saya macam kain dalam je.sesuai untuk pakai dalam.bukan pakai kat luar.

    BalasPadam
  17. I ada jupa sorg mak cit kat stesen bas kuala terengganu. dari muka mcm umur 40 an. pakai legging kelabu. ketat nyet2!! pakai tudung sanggul tinggi n baju ketat nyet2 kaler pink fuschia! suami saya tanya, "dah jadi trend ke pakai gitu?sampai mak cit tua pon pakai?" saya geleng kepala cakap tak tahu..

    agaknya dpt nasihat fesyen yang salah kot?

    BalasPadam
  18. @ amnikhassim, jangan mudah terpedaya dgn fesyen..haha..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!