Perghhh..banyak tu, kalau beri pada saya, dapat juga saya buat modal untuk berniaga. Ada juga orang tidak kisah hilang setengah juta ringgit. Kalau kitalah, hilang RM100 pun nak nangis rasanya. Ini setengah juta, mereka tidak kisah pun!
Murahnya rezeki mereka ini. Tetapi sedikit rasa kesal dihati, kenapa rezeki yang Allah beri digunakan ke jalan yang tidak sepatutnya.
KUALA LUMPUR 11 April – Setengah juta ringgit hangus dalam masa sebulan adalah perkara biasa bagi mereka yang ‘gila’ judi.
Itulah pendedahan seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk ‘Z’ tentang nasib yang dialami rakannya akibat berjudi baru-baru ini.
Dalam pertemuan di sebuah pusat judi eksklusif di Kuala Lumpur, Datuk Z berkata, ‘kegilaan’ rakannya terhadap permainan mesin slot judi sehingga sanggup tidak tidur dan melupakan orang di sekeliling.
Pada masa sama, kata beliau, ada juga di antara rakannya yang menjual rumah, kereta dan tanah selain meminjam wang ah long hanya untuk berjudi.
Perbualan singkat tersebut turut menyentuh bagaimana Datuk Z terjebak sehingga menjadikan judi sebagai hobi sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Datuk Z, berusia dalam lingkungan lewat 40-an, pada mulanya, dia hanya mengikut rakan memandangkan rakan-rakannya sering bertemu di premis-premis seumpama itu untuk berbincang tentang urusan perniagaan dan berhibur.
‘‘Lama-kelamaan timbul rasa seronok. Bagaimanapun, saya masih boleh kawal diri saya. Berjudi ini hanya untuk suka-suka dan peluang jumpa kawan,” katanya.
Ditanya berapa kerugian yang telah ditanggung selama ini kerana berjudi, Datuk Z tidak teragak-agak mengakui sudah kehilangan ratusan ribu ringgit.
‘‘Semalam saya kalah RM20,000. Nak buat macam mana, tak ada nasib. Esok, lusa mungkin menang,” katanya bersahaja.
Malah, hanya dalam tempoh satu jam sahaja sebelum perbualan berlangsung pada petang itu, Datuk Z kehilangan RM13,000 bermain mesin slot ‘ikan’.
Selain mesin slot ikan, jenis mesin slot lain yang menjadi kesukaan kaki judi ialah ‘ultimate’, ‘babi’ dan ‘naga’.
Jelas Datuk Z, beliau tidak menghadapi masalah kewangan walaupun sering kalah dalam pertaruhan berikutan perniagaannya yang semakin berkembang.
Ditanya ‘keberaniannya’ memasuki tempat-tempat judi seumpama itu, sambil ketawa Datuk Z berkata, ‘‘tiada siapa mengganggu, pihak penguat kuasa sendiri tidak mengambil berat hal-hal seperti ini.”
Beliau mengakui tidak pernah dihalang daripada mengunjungi pusat-pusat judi tersebut berbeza dengan kunjungannya ke kasino di Genting Highlands apabila dia dan rakan-rakan yang beragama Islam tidak dibenarkan masuk.
semalam kalah rm20,000. nak buat cam mana.. tak ada nasib..esok lusa mungkin menang..
BalasPadampeh... ngoknye orang.. kalau tak menang.. da rugi.. ishhh..
mereka yang banyak duit ni memang tak kisah kalau duit hilang sikit..kalau nampak seringgit tepi jalan pun buat tah tahu je..
BalasPadamSemoga Allah s.w.t memberikan hidayah kepada dato z tu.. InsyaAllah... ;)
BalasPadamkalah lebih byk dari menang.. tue lar orang kaki judi nie tak sedar.. huhuhu
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!