KALAU DAH NIAT TIDAK BETUL - Eiza GreenAppleKu

KALAU DAH NIAT TIDAK BETUL

Kalau dah niat tak betul, macam-macam benda pelik yang boleh terjadi. Nampak cool pada penampilan tapi hakikat sebenarnya, berserabutnya kehidupan, ehm.. mereka-mereka yang terlibat sahaja yang mengetahuinya.

Pernah kita terdengar cakap-cakap orang tetapi saya menulis berdasarkan kisah benar yang pernah terjadi. Bukan sorang dua tetapi dah agak ramai juga yang terkena penyakit ini. Penyakit niat dan hati yang tidak betul dan ikhlas dalam mengerjakan sesuatu.

Ada satu kisah. Orang pergi umrah, kita pun terpasang niat untuk pergi umrah. Murninya niat tersebut memang patut ada dalam diri setiap umat Islam. Maka berjimat cermatlah mereka-mereka ini, agar impian menjadi kenyataan.

Berkatnya umrah seseorang dapat kita lihat selepas pulangnya mereka dari mengerjakan umrah. Ada wajah yang kita lihat putih bersih, terpancar keserian nya tanpa perlu guna SKII. Perilakunya juga amat berbeza, kalau dahulu terkenal dengan mulut murainya, namun telah berubah menjadi seorang yang amat menjaga tutur kata dan tahu menghormati orang lain.

Ada juga yang feelnya tetap sama sahaja. Tiada perubahan, sebelum dan selepas pergi umrah. Malah lagi teruk dari dahulu adalah. Cakap dan pendapat mereka ini jangan di tentang. Hanya idea mereka sahaja yang harus di gunapakai sebab mereka pernah mengerjakan umrah.

" Korang yang tidak pernah mengerjakan umrah ni, mana layak bercakap bab agama. Lainlah aku. Dah pernah merasa menjejakkan kaki ke kota Mekah. Orang akan pandang tinggi pada kita yang pernah mengerjakan umrah ni." 

Riaknya si polan itu bersuara pada seorang anak muda yang bertanya padanya berapakah jumlah ahli surau sebab nak buat kenduri kesyukuran.

" Kau nak buat kenduri apa nih. Kena beritahu terperinci, senang nanti aku nak umumkan pada ahli surau nanti."

" Kenduri kesyukuran sebab saya sekeluarga selamat pulang dari mengerjakan haji. Syukur sebab sejak pulang dari haji ni, penyakit ayah saya sembuh sepenuhnya. Begitu juga dengan mak saya, sudah boleh berjalan seperti biasa. Kehidupan kami sekeluarga lebih tenang dari yang sebelumnya "

" Erk...baguslah kalau macam tu. "

(Dalam hati, cehhh tak sangka pula aku, taraf dia lebih tinggi dari aku. Dia ada haji, aku ni umrah jer. Malunya aku, malunya aku. Camna aku nak cover line ni.)

7 ulasan

CheQ PP JoY berkata...

haha..pdan muka..tula berlagak sgt..kn da sentap =p

Rozuan Ismail berkata...

kadang-kadang kalau setakat pergi umrah nak menunjuk-nunjuk,ada lah akibatnya nanti

Fariq berkata...

soalan pertama: GA ade guna SK11 ke?? ngeh

soalan kedua: eh betul ke kisah kat atas ni? meh sini muka si polan g gi umrah.. kita tapakkan.. :p

latest -
Kalaulah Ada Mesin Duit Kan Senang

GreenAppleKu.com berkata...

@ Fariq, guwe tak guna pun SKII tu. Mahal wo nak maintain tiap bulan. Tapi kalau awak nak sponser, saya terima jer. haha..

Crita di atas memang kisah benar, tak yah ler nak tapakkan muka pakcik tu sebab kita bukan pembuli warga emas. ngeh..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Rozuan, tiap dari perbuatan kita, akan ada pembalasannya. Saya selalu ingat tu.

GreenAppleKu.com berkata...

@ cheQ, memang sentap. Riak sangat.

manjeamusyuk berkata...

Allah tak suka manusia yang berjalan diatas muka bumi ini dengan penuh sombong & bongkak!

Hanya Allah je layak utk merasa sombong (jgn salah faham lak ayat neh, hehe)

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.