Meet Pink Lady and Blue Boy. Mereka berkawan sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Disebabkan mereka berdua sama cerdik sama pandai, mereka telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama bersama-sama. Pink Lady memang sangat suka pada Blue Boy. Tetapi sebagai seorang wanita, Pink Lady malu untuk bertanya apatah lagi meluahkan perasaannya kepada Blue Boy. Blue Boy pula dilihatnya tenang sahaja. Tidak pernah sekalipun Blue Boy mengucapkan ‘Saya suka awak’ ataupun ‘I luv u’. Kias-kias pun tidak ada..!

Tetapi setiap kali tibanya hari raya, Blue Boy tidak pernah lupa mengiirim kad raya. Kad tersebut pula wajib yang ada muzik dan gambar masjid! Seperti tiada gambar lain. Pink Lady beranggapan bahawa Blue Boy mesti hendak mengingatkannya agar jangan lupa ke masjid untuk sembahyang sunat hari raya sebelum keluar beraya.

Begitu juga setiap kali tibanya hari ulangtahun kelahiran Pink Lady. Blue Boy tetap akan mengirimkan kad ucapan dan semestinya ada gambar masjid.

“ Memang awak suka gambar masjid ke?” Pernah Pink Lady bertanya suatu ketika dahulu.

“ Kenapa? Awak ada masalah ke dengan gambar masjid? Bukan apa, saya sekadar hendak mengingatkan awak. Awak jangan tinggal solat jika awak tidak uzur sebab setiap tahun umur kita semakin bertambah, begitulah juga hendaknya dengan amalan kita. Semakin bertambah pada setiap tahun.”

Panas juga telinga Pink Lady mendengar ceramah percuma dari Blue Boy. Semenjak dari peristiwa itu, Pink Lady sudah tidak kisah dengan gambar masjid. Alah tegal perkara biasa.

Suatu hari, di bawah pohon nan rendang di tepi padang sebuah universiti, kelihatan kelibat Blue Boy tengah berehat sambil up date blog menggunakan netbooknya.

Tet..tet.. sms dari Pink Lady.

“Awak di mana? Ada perkara yang hendak saya tunjukkan dan cerita pada awak”

“ Di tempat biasa. Saya sedang up date blog. Apa yang mustahak sangat ni? Erk..awak datanglah ke tempat saya.”

“ Okay, awak tunggu saya ye. I’m on my way

Selepas 10 minit.

“Awak!! ” Sergah Pink Lady sebaik sahaja tiba di tempat yang di maksudkan.

“Oo pocot mak engkau..terbang semangat, awak ni kan...” 

Namun terkejut Blue Boy cuma seketika selepas terlihat belon berwarna merah jambu berbentuk hati dan sekeping kad ucapan ditangan Pink Lady. Api cemburu mula membakar perasaan Blue Boy sedikit demi sedikit.

“ Awak hendak tahu? Hari ini merupakan hari yang sangat mengembirakan dalam hidup saya. Telah lama saya menunggu saat ini. Telah lama saya inginkan perkara ini terjadi dalam hidup saya. Awak hendak tahu, hari ini saya dapat ini semua dari peminat misterilah. Ada orang minat pada saya awak. Ada orang telah jatuh cinta pada saya, awak. Ada juga orang yang sudi suka pada saya yang tidak cantik ni.”

Berseri-seri wajah Pink Lady bercerita kepada Blue Boy. Sambil bercerita, mata Pink Lady tetap belek-belek belon dan kad uacapan yang berada ditangannya. Blue Boy hanya tersenyum dan ternyata amat kelat. 

Comel setanding Lisa Surihani boleh dia berkata bahawa dirinya tidak cantik. Memang awak tidak sedar betapa cantiknya diri awak. Rupanya, selama ini awak tidak faham apa erti MASJID yang telah berpuluh tahun saya kirimkan untuk awak. Masjid bermaksud suatu hari nanti apabila tiba tika dan saatnya, saya berharap kita berdua akan melangkah bersama ke sana untuk di ijabkabulkan. Awak, awak tahu tak, saya amat sayang pada awak. Tapi hari ni..
Rintihan Blue Boy di dalam hati.

“ Awak ni kenapa? Sedih sahaja air muka awak?”

“ Mana ada. Saya tengah fokus fikir isu yang sedang saya tulis untuk artikel blog ni ha.”

“ Awak tolong pegang belon dan kad ini sekejap ye. Saya hendak ke ‘ladies’. Oh ya. Saya hendak awak tengok siapa dia gerangan peminat misteri saya tu. Need your comment.”

Pink Lady meletakkan belon dan kad di atas netbook Blue Boy. Terus dia berlari- lari anak ke tempat yang dimaksudkannya. Terkial-kial Blue Boy memegang kad dan belon yang hampir terbang di tiup angin.

Em, boleh tahan kreatif kad ini. Muka depan ada gambar teddy bear peluk bantal berbentuk hati. Tertulis..

DAH LAMA SAYA SUKA PADA AWAK..TETAPI..

Tetapi apa pula ni? Tidak sanggup rasanya Blue Boy hendak terus membaca kad tersebut untuk mengetahui kesudahannya. Malas juga untuk dia ambil tahu siapakah gerangan pemuda yang berani meluahkan perasaan pada Pink Lady. Remuk dihati belum terubat. Namun, jika aku tidak buka dan baca kad ini, apa aku hendak komen pada Pink Lady sekejap lagi? Inikah yang dikatakan rela dalam terpaksa?

Dengan berat hati Blue Boy membuka kad tersebut..

SAYA TIDAK TAHU BAGAIMANA CARA YANG TERBAIK UNTUK MELUAHKAN APA YANG SAYA RASA PADA AWAK SELAMA KITA BERSAHABAT. AWAK TAHU, SAYA TIDAK PANDAI MENYUSUN ‘AYAT-AYAT CINTA’.

TERUS TERANG SAYA BERTANYA, JIKA AWAK SUDI UNTUK MEMBINA MASJID BERSAMA SAYA, AWAK LEPASKANLAH BELON PINK TERSEBUT. BIAR IA BEBAS MELAYANG. CINTA PERLU DI LUAHKAN BUKAN DI PENDAM. AGAR CINTA YANG ADA DI HATI TIDAK DI BIARKAN TANPA TITIK NOKTAH.

DARIPADA PINK LADY..

p/s : Lakonan saya setanding Lisa Surihani atau tidak?

Dari jauh, Pink Lady tersenyum melihat belon berwarna merah jambu melayang tinggi ke awan biru.


16 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. salam green...waaa..menarik la entri ni..dalam scene drama..=)

    BalasPadam
  2. salam Zalin, mari kita berangan, awak Blue Boy, saya pula pink Lady..haha..

    BalasPadam
  3. sweet la citer nie! bole wat movie nie.kekeke :P

    BalasPadam
  4. Salam Azriyani, awak pun sweet gak. Tq sebab drop here..keep in touch.

    BalasPadam
  5. wah best ar cete nie........ade smbungan x?hehe

    BalasPadam
  6. Tak nak sambung. Kalau sambung nanti dah jadi tak best ler pula. Haha..

    BalasPadam
  7. Suka cite ni sbb yg boy tu ala alim2, seswai jd ketua keluarga

    BalasPadam
  8. mcm kisah hidup i jek..ahaks..perasan je~

    BalasPadam
  9. @ KakiLebar, iyer ker? sweet nye kisah cinta awak. hehe. TQ for baca n komen yer.

    BalasPadam
  10. suka cite nie...:) by the way sy dah dpt sesuatu dri cite nie....xmo fikir negatif lg..

    BalasPadam
  11. indahnya cite ni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama