INI KISAH CINTA LISA DAN ZACK..


Meet Lisa, usahawan wanita yang sedang hot dan berjaya dalam perniagaan MLM. Lisa mempunyai kereta mewah, rumah banglo dan mendapat peluang untuk bercuti ke luar negara setahun sekali. Itu adalah hasil usaha gigih Lisa selama tiga tahun bersama perniagaan MLM nya. Syukur, rezeki dari Allah.

One day, Lisa mendapat panggilan dari seorang jejaka yang berhajat ingin join MLM. Beriya-iya si jejaka hendak join group Lisa. Tak nak group lain. Lisa yang baik hati sudi untuk memberi tunjuk ajar seperti yang dilakukannya pada setiap ahli baru yang lain. Bagi Lisa tak der salahnya kongsi tips kejayaan dengan orang lain.

" Ehm, terima kasih yer cik Lisa kerana sudi berjumpa dengan saya. Saya benar-benar kagum dengan cik Lisa kerana di usia muda, cik Lisa telah mempunyai segala-galanya. Cik Lisa bukan sahaja cantik malah pandai pula berniaga. "

" Wa..tinggi pujian zack pada saya ni. Sebenarnya semua orang boleh berjaya jika tahu caranya. Zack pun boleh berjaya seperti saya."


" Ehm, takder orang yang marah ker dengan pertemuan kita ini cik Lisa? Maksud saya, teman lelaki cik Lisa ker?" Zack mula memainkan peranannya.


" Okay zack, you need to isi this form." 


Terus sahaja Zack mula mengisi borang tersebut. Mungkin Lisa tidak suka ditanyakan hal-hal peribadi untuk pertemuan mereka yang pertama kali ini. Mana mungkin wanita secantik Lisa ni tak der teman istimewa. Bodohnya aku. Tapi oh my god, Lisa sangat-sangat cantik ditambah dengan kejayaannya dalam kerjaya. Oh aku telah jatuh cinta pada wanita ini.Zack konfem dah anggau terkena panahan cinta untuk kali pertama. 


Selepas empat bulan berlalu, hubungan diantara Zack dan Lisa semakin berjalan lancar! Entahlah, sejak pertemuan demi pertemuan diantara mereka berdua, lama-kelamaan telah wujud rasa rindu bila Lisa berjauhan dari Zack. Lisa sendiri berasa pelik dengan perubahan pada dirinya. Siang malam, hanya wajah Zack yang terbayang di mata dan bermain-main di fikiran Lisa. 


Bagi Lisa, Zack adalah segalanya. Lisa tidak teragak-agak untuk membenarkan Zack menggunakan keretanya. Sekarang ini, kemana sahaja Lisa pergi, Zack akan menghantar dan mengambil Lisa. Setelah menghantar Lisa pulang ke rumah, Zack akan pandu kereta Lisa untuk pulang ke rumahnya. Pendek kata, kereta Lisa dah dibuatnya macam kereta sendiri.


Sayang Lisa pada Zack bukan setakat itu sahaja. Setiap bulan Lisa akan memberikan wang saku pada Zack. Zack pula semakin selesa dengan kasih sayang yang Lisa buktikan. Pintalah apa sahaja, Lisa tidak pernah menghampakannya. Dan bermula pada saat itu, bagi Zack, duit Lisa adalah duitnya juga. Hinggakan bil kad kredit Zack pun Lisa yang akan jelaskan! (greenappleku : melampau gila jantan nih..)


Hinggalah pada suatu hari, Zack sanggup memukul Lisa, gara-gara cek tendang yang diberi Lisa padanya. Teruk Lisa di belasah Zack namun itu semua tidak sedikit pun mengurangkan rasa cinta dan sayang Lisa pada Zack.


" Eh, Lisa, apa kena mulut kau ni? Teruk lebam ni."


" Tak der apa-apa. Alahan agaknya."


" Ni macam kau kena lempang ni. Zack pukul kau Lisa? " Szaza memerhatikan sahabat baiknya itu. Dia juga perasan ada kesan lebam pada pergelangan tangan dan lengan Lisa. Szaza hanya mengetahui perhubungan Zack dan Lisa melalui fb sahaja kerana Szaza menetap di Dubai. Ini adalah pertemuan pertama mereka setelah setahun mereka tidak bersua.


" Salah aku juga. Aku cuai. Tak perlah, hal kecil saja ni."


" Kecil apa ni Lisa. Antara kau dan Zack belum ada apa-apa ikatan tau. Belum kahwin dah berani pukul kau. Esok lusa, kalau dah kahwin, teruk kau jadi punching bag si Zack. Ishhh, baik kau putus sahaja dengan Zack tu."


" Entahlah Szaza, jauh di sudut hati aku ni, jiwa aku memberontak untuk tidak mahu lagi bersama Zack. Tetapi apabila aku terpandang sahaja wajahnya, aku jadi lemah. Aku ikut saje kerenah dia."


Szaza hanya terdiam melihat reaksi sahabatnya yang totally berbeza dengan Lisa yang dikenalinya. Seperti ada yang tidak kena pada Lisa.


Dua bulan selepas itu...


Lisa berasa dirinya lebih tenang dari yang sebelum ini. Dia telah berjaya menjadi dirinya yang sebenar. Syukur pada Allah diatas pertolonganNya. Zack? Zack telah berjaya diberkas dan kini sedang merengkok dalam penjara kerana kesalahan menipu wang orang ramai untuk tujuan peribadi. Bukan Lisa seorang mangsanya, lebih dari sepuluh orang yang berjaya ditipu oleh Zack dengan menggunakan ilmu sihir. Zack sebenarnya adalah ConMan, dalam perhatian pihak polis.


Atas maklumat Szaza kepada pihak polis, akhirnya Zack berjaya di berkas.


Moral of the story, berhati-hati dengan orang yang tiba-tiba berani mengajak anda untuk bercinta walaupun baru kenal seminggu. Setiap kali selepas solat dan sebelum tidur, jangan lupa untuk membaca surah Kursi sebagai pendinding agar kita terlepas dari ilmu sihir.


p/s : Nama-nama di atas bukanlah nama sebenar dan kisah ini adalah kisah benar yang pernah terjadi pada sahabat saya. Siapa? Minta maaf, saya tidak boleh dedahkan identitinya. Moga pengalaman ini menjadi panduan buat kita semua. 



Ulasan

Solihin Zubir berkata…
fuhh.. bahaya..
kdg2 kalau dh berwaspada pun, kna sihir pulak..
nauzubillah...
GreenAppleKu.com berkata…
@ Izzudin, tak terkomen dah.. itulah reaksi pertama saya apabila mula-mula mendgr kisah ini.
GreenAppleKu.com berkata…
@ Solihin, setiap penyakit ada ubatnya. Moga ini dapat dijadikan panduan buat kita. Be aware..