Subuh Ahad

Hujan turun sederhana lebat. Syukur kerana telah menyejukkan alam sekitar. Bahang kepanasan yang dirasakan sejak beberapa hari sebelum itu telah hilang. Terasa amat selesa untuk tidur berbungkuskan selimut. Heaven. Namun dalam hati dan fikiran ini tertanya-tanya bilakah hujan yang turun tanpa henti sejak jam 2 pagi akan mula reda. Bukan apa risau, banjir.

Jam 6 pagi

Sambil bangun gosok-gosok mata melawan rantai syaitan yang sedang mengikat kuat kita diwaktu subuh ini agar kita culas solat subuh, akhirnya saya menang dalam melawan godaan tersebut. Turun bawah, nak mandi. Alamak! 

Banjir! Ruang tamu utama rumah mak saya, banjir. Ruang tersebut memang rendah dari ruang lain. Belum cukup baget untuk naikkan semua paras rumah sama rata. Ada sesiapa nak sponser ker? Hehe..

Settle mandi dan solat, operasi mencuci rumah giat dan pantas dijalankan. Setelah hujan reda dan paras air semakin surut, saya sekeluarga memulakan operasi dengan menggunakan tekanan air yang kuat di pam ke seluruh ruang tamu menghala keluar rumah. 

Setelah sampah sarap dan selut dapat dibersihkan, sekali lagi ruang tamu di bilas dengan air bersih + campuran cecair dettol bagi mematikan segala kuman yang sedang bermaharaja lela dalam rumah. Yeahhh..kill them all. 

Settle part membunuh kuman, pasang kipas angin sambil mop lantai untuk mempercepatkan proses pengeringan lantai. Jangan lupa, campurkan cecair dettlo dalam air mop tersebut. Double protection!

Breakfast

Alhamdulillah, selesai semua operasi mencuci rumah. Sambil rehat-rehat menikmati spageti + sos frego cheese n herbs sebagai breakfast, saya dapat melihat sinar matahari yang mula menceriakan pagi minggu ini. Burung-burung mula berkicauan enjoy terbang ke sana sini. Happy agaknya sebab hujan dah berhenti. Hehe..

Masalah yang belum selesai..

Isu banjir ni kalau korang nak tahu, dah hampir 11 tahun terjadi. Entah bila akan selesai. Nak kata kami tidak buat aduan, aduan telah di buat. Nak kata tidak ada yang ambil tahu, ada juga wakil dari pihak terlibat telah turun padang melihat masalah kami. Pelbagai janji dan pelan bertindak yang telah di war-warkan. Namun sampai sekarang, memang hampesss.

Takkan nak tunggu saya panggil pihak TV3 baru masalah kami ini berjaya di selesaikan. Erk..sorrylah pepagi minggu ni dah keluar artikel tidak puas hati. 

Oh ya, teluk kumbar ni, lokasinya amat hampir dengan pantai. Banjir pagi ini tidak teruk kerana air laut tidak pasang. Cubalah korang bayangkan, jika ditakdirkan pagi tadi air laut tengah pasang + hujan yang tanpa henti, dah konfem banjir paling cikai pun paras betis. 


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. kt sini pun hujan jugak slpas panas terik beberapa hari..

    alhamdulllah umh sy bkn kwsn banjir..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama