TIPS SEBAGAI BLOGGER - ENTRI - - Eiza GreenAppleKu

TIPS SEBAGAI BLOGGER - ENTRI -

Thank you AllahSWT, sebab telah memberi ilham, untuk saya menulis tentang tips-tips sebagai blogger. Teringat kali pertama saya menceburkan diri dalam dunia blog, saya tercari-cari panduan menjadi blogger. Tips ini saya perolehi dari Yazid Yahaya

Entri

Fungsi entri blog adalah sama seperti petikan dalam akhbar. Entri adalah isi kandungan yang mahu di baca oleh pengunjung. Walaupun susun atur penting, pengunjung tidak akan berkunjung semula hanya bagi melihat susun atur yang cantik.

Mereka akan berkunjung berkali-kali bagi membaca penulisan kita, melihat hasil seni kita ataupun melayari pautan yang kita sediakan. 

Bernas, unik, bermutu dan terkini

Setiap kali berkunjung ke blog, pembaca akan menjangkakan mereka akan menemui sesuatu yang baru, unik, bermanfaat dan menghiburkan. Isi kandungan bermutu adalah isi yang relevan dan terkini. Apa jua yang kita tulis perlu dikaitkan dengan situasi semasa yang sedang berlaku.

Konsisten
  • Kekalkan konsistensi dalam penggunaan font, warna dan susun atur.
  • Tajuk besar dan pautan perlu dipamerkan menggunakan format yang sama.
  • Format entri pada bahagian muka hadapan adalah sama.
  • Guna teknik pautan entri bagi tujuan mengekalkan saiz muka depan. Pautan entri ini bermaksud memendekkan artikel pada muka depan. (click here to read more )

Isu hak cipta

Ramai yang menganggap mereka boleh terlepas daripada tindakan kerana dunia internet amat luas dan meliputi seluruh dunia. Kita perlu menghormati hak cipta dan hasil kerja orang lain kerana reputasi kita juga bergantung padanya.

1. Isu rujukan

Setiap wawancara, petikan dan gambar yang ditemui secara online adalah milik orang lain dan hak mereka perlu di hormati. Pastikan kita memaklumkan sumber asal dan meletakkan pautan ataupun penerangan dibawah petikan atau bahan yang diambil.

2. Penggunaan secara wajar (fair use)

Kita dibenarkan memetik dan menyebarkan hasil kerja orang lain di bawah doktrin fair use, yang termaktub di bawah Akta Hakcipta 1987. Ini termasuk menggunakan petikan pendek termasuk petikan yang diulas oleh orang yang menggunakan petikan itu.

3. Karya seni

Undang-undang hak cipta tidak membenarkan kita menyiarkan karya seni seperti rakaman audio orang lain tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik asal.

Imej

Ciri-ciri imej pada blog

1. Bersaiz kecil

Berikan pautan pada imej yang dikecilkan saiznya  dalam bentuk thumnail untuk pembaca melihat imej yang lebih besar.

2. Saiz gambar yang konsisten

Elakkan dengan meletakkan gambar dengan pelbagai saiz dan berdekatan antara satu sama lain kerana pembaca akan menganggap kita tidak profesional.

3. Penggunaan gambar lucu

Tidak ada salahnya selagi ia di gunakan dalam situasi yang sesuai dan tidak mengalih perhatian pembaca daripada imej sebenar yang dipaparkan dalam blog.

Arkib

Arkib atau archive adalah koleksi hasil penulisan yang tidak lagi dipaparkan pada muka hadapan laman blog. Apabila entri ini di arkibkan, ia masih boleh didapati melalui sistem carian atau search pada blog. Apabila koleksi entri bertambah, kita perlu memastikan ia dapat ditemui dengan mudah oleh para pembaca menggunakan kotak carian dalam blog.


GreenAppleKu : Itu sahaja tips yang ingin dikongsi buat kali ini. Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat di jadikan panduan kepada blogger yang tercari-cari apa yang perlu dibuat untuk menjadi blogger yang berhemah. 

Erk...hari ini cuaca di Pulau Pinang hujan. Dah hampir seminggu Pulau Pinang berhujan. Sejuk jer sepanjang hari. Terasa seperti berada di Cameran Highland ler pula. 


9 ulasan

Abang Zam berkata...

sangat berguna..terima kasih

qucachahir berkata...

best!..hehe... ;)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Abg zam, sama-sama.

GreenAppleKu.com berkata...

@ qucachahir, untuk perkongsian semua.

toyolkiut berkata...

tips terbaik..
terima kasih!

gadisBunga berkata...

good tips. harus dibaca oleh semua blogger.

kakchik@ella berkata...

tengss for sharing this, grinepal.

Jejaka Terhangat berkata...

wah2..ni bukan je tips..tapi guideline (garis panduan) dalam berblog. ahaks..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Jejaka Terhangat, guideline pun guidelinelah, sharing is caring. ahaks..

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.