LA TAHZAN



Berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia. Sedekahlah sebuah senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan. Berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan.


Bukti kasih-Nya, kita wujud di dunia fana ini. Ada sebab apabila berlaku sesuatu perkara. Yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengakui keimanan kepada-Nya.


Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tidak semudah itu. Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi. Moga lelahmu di hargai Illahi walaupun dicemuhi.

1 ulasan:

  1. byk lg tak bc...dah lama tak ngomen..susah hati skit..insyaAllah still under control..happy always ya

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

DISCLAIMER

Ini adalah blog peribadi. Sebarang PRINT SCREEN adalah dilarang kecuali dengan kebenaran penulis.
Penulis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli, secara sengaja atau tidak sengaja. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah jika terdapat maklumat tambahan, bukti atau fakta yang lebih sahih.
TERIMA KASIH.