Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah swt.

"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)

Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin . Dapat disaksikan di negara - negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex.

Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah Ar-Rum ayat ke-21 :

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir ."

Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam(Penguasaan Alam) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah. Bait muslim (rumahtangga Islam) sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang. Ketabahan , kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya .

Rumahtangga pejuang Islam

Aktivis gerakan Islam (samaada pihak suami atau isteri) sewajarnya memandang serius urusan mengenderai rumahtangga muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis. Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai, sedang rumahtangga muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung Al-Quran dan jihad.

Kedua dua pihak (pasangan suami isteri) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam; mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga.

Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan. Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama, bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis . 

Tips cinta untuk suami

Bersikap baik dan lembut dengan isteri 
Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah 
Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik 
Bersabar terhadap karenah isteri 
Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros ) 
Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra ) 
Membantu tugas - tugas isteri dirumah 
Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri 
Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga 
Tidak bermesra dengan wanita lain 
Menjaga rahsia isteri 
Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain 
Tidak makan hasil kerja isteri 

Tips cinta untuk isteri

Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil 
Segera memenuhi permintaan suami 
Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara 
Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri 
Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi 
Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir 
Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir 
Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya 
Membantu urusan perjuangannya 
Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami 
Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan 
Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya 
Menghormati keluarga suami 
Menjaga rahsia suami Tips cinta untuk kedua suami isteri

Persefahaman 

Taawun ( bekerjasama ) 
Wujudkan suasana romantis 
Atasi bebanan kerja 
Kepuasan seks 
Elakkan sikap suka mengkritik pasangan 
Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain 
Menghayati amal Islami 
Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga 


Biodata Kolumnis

Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang. 


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. fuhh..nasihat dan tips yg baik..kenali tanggungjwb suami dan isteri. ketahui peranan masing2 dlm rumah tangga..insyaAllah keluarga lebih bahagia..=)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama