My Instagram

DUGAAN OH DUGAAN..SABAR JER LAH.

Hari ini saya puasa ganti. Biasalah kaum hawa, jarang nak dapat puasa sebulan penuh. Kalau dapat kan best sebab tak yah fikir nak ganti puasa. Berpuasa pada bukan bulan puasa ni memang banyak sangat dugaannya. Mahu pula dapat kawan-kawan yang kuat mengusik. Sabar jerlah.


Hendak dijadikan cerita, hari ini juga my bos bawa breakfast 'nasi lemak' untuk semua staff. Riuh rendah satu pejabat dapat makan free. Kat office ni..letaklah apa jer, gerenti licin sebab semuanya kaki makan, kuat makan dan gila makan. 


Siap usik saya lagi.."Nasi lemak special ni..rugilah siapa yang puasa hari ni.."
"Alah..Kak eiza..buka jer puasa tu..tak baik tau..bos belanja tak makan" 
"Yelah tu..banyak kau punya tak baik. Jgn nak sebarkan ajaran sesat.."
"Ni part Kak eiza (nasi lemak)..saya tolong makan yer"
"Ehm..makanlah. Kalau hendak simpan pun gerenti basi.."
"Thank you Kak Eiza..esok puasa ker"


Bertuah punya kawan. Ehm.. sabar jerlah. Takkan tergoda imanku hanya kerana sebungkus nasi lemak.
Alang-alang dah tertulis entri puasa..saya hendak mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa untuk anda semua.

3 ulasan

nabilah_2908 berkata...

hehe..betul la tu...sabar jer la...itu semua dugaan...

selamat berbuka puasa ya...dh tk lama lagi dh.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HADIAH DI HARI PERKAHWINAN MU

diraja22 berkata...

Allah menyayangi umatnya yg melaksanakan tanggungjawab..

Green Apple berkata...

Ku juga seorang yang kuat mengusik rakan2 sepejabat..bukan apa tension ler kalau tak der gelak ketawa..sunyi jer..semua org sibuk ngan hal masing2.