Jika dirujuk pada kalendar, 11hb Ogos 2010, kita akan mula berpuasa. Betapa cepatnya masa yang berlalu. Rasanya seperti baru sahaja kita berpuasa, sekarang Bulan Puasa tiba lagi. Saya dan rakan-rakan sepejabat dah plan hendak borong buah kurma. Ada yang suka kurma kering, kurma madu, kurma fresh dan tak kurang juga kurma chocolate.
Beli secara borong ni, bukan sahaja jimat poket tapi suasana kemeriahan memborong kurma yang hendak kami simpan dan memorikan setiap kali menjelang Ramadhan. Lokasi kami di Penang ni mestilah Yusoff Taiyoob. Masa lunch time bolehlah 'F1' (drive) sekejap ke sana.
Ada pelbagai pilihan buah kurma. Yang menjadi kegemaran saya ialah kurma Safina. Tidak terlalu manis, tidak terlalu kering, tidak terlalu masak..just nice. Boleh tahan juga harganya kalau beli sekotak. Sebab itulah kena juga ke Yusuf Taiyoob. Tahun ini , insyaallah macam tahun lepas, saya hendak beli satu dozen sebab selain untuk makan sendiri, saya hendak sedekahkan pada sanak saudara, mak angkat, pak angkat (pakcik van sekolah anak saya) dan kenalan.
Hikmah sedekah boleh rujuk kembali artikel saya SEMAKIN BERSEDEKAH SEMAKIN KAYA. Rebutlah peluang untuk bersedekah di bulan Ramadhan sebab kita tidak tahu, apakah kita akan bertemu semula dengan Ramadhan pada tahun hadapan.
Seronoknya dah shoping kurma, terasa bahang nak mynyambut bulan penuh rahmat tu.
BalasPadamtu la nak jugak rasa kurma coklat tu..kat sini, selagi tak pose, susah betul nak jumpa kurma..
Nak jugak...
BalasPadamKat Penang stok kurma always ada.Bertuah dan syukur dapat tinggal di negeri 'food heaven' ni. Pelesitor, kasi address nanti saya courier untuk awak..hehehe..
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!