Manfaat vitamin C

Aku dan vitamin C ada sejarahnya. Boleh klik perkataan yang aku dah highlight warna oren untuk baca cerita tu. Kisah aku dan vitamin C. Bagaimana Vitamin C mampu mengecutkan bengkak turbinate di hidung Hud. Tanpa perlu titik ubat dalam hidung mahupun pembedahan. Alhamdulillah.

Bila dengar beberapa solusi dari Dr.Daniel, aku yang berdebar lebih. Mulalah tercari apa salah aku. Aku salah bagi makan ke? And memang rasa sedih dan down sangat. Bila pandang wajah Hud... aku tahan sebak dan pasakkan semangat. Kita fight bersama ye Hud. Azam aku didalam hati. 

Antara saranan pertama Dr ialah pengambilan Vitamin C. Jika usaha ini tidak berjaya, baru akan cuba langkah ke dua dan seterusnya.

Masuk dalam kereta, aku pegang dan belek kotak comel vitamin C. Tiada ubat-ubat lain. Hanya Vitamin C. Aku buka kotak dan tudung botol. 

"Baca Bismillah Hud. Hisap vitamin ni sampai habis. Jangan kunyah." 

"Mama, sedap la vitamin ni. Hud suka." Dan alhamdulillah, sejak kecil lagi bab makan ubat Hud memang tak banyak kerenah. Dengan mood happy je dia telan ubat. 

Dan selepas beberapa minggu, tidur Hud dah normal. Nafas dia dah tak berbau. Dan bengkak dalam hidung dah surut. Terima kasih Ya Allah. 

Berikut aku sertakan perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang Vitamin C. Jangan overdose dan beli dari farmasi terpilih. Jaga pemakanan dan stay safe gais. 

Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air (water soluble), oleh itu ia tidak disimpan dalam tubuh dan penggunaannya dalam tubuh sangat cepat. Maksudnya tahap vitamin C akan mudah menjadi rendah dan perlu ditingkatkan setiap masa agar tubuh dapat menjalankan fungsi dengan berkesan.

Tubuh memerlukan vitamin C untuk tugas seperti

1. Membantu tubuh menghasilkan kollagen, L-Carnitine, and beberapa bahan neurotrasmitter.

2. Bertindak sebagai antioksida yang akan melawan reactive oxidative species (ROS) atau juga dikenali sebagai radikal bebas.

3. Membantu penyerapan zat besi

4. Meningkatkan sistem daya tahan melawan virus.

5. Mempercepatkan penyembuhan luka

ROS adalah sebatian yang terhasil dari proses semulajadi dalam tubuh (contoh metabolisme), terdedah pada pencemaran dan banyak lagi. Ia akan menyebabkan proses oxidative stress dan akhirnya menyebabkan kerosakan sel.

Vitamin C juga membantu mengurangkan keradangan dan merendahkan risiko mendapat penyakit kronik dan komplikasinya. 

Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kollagen yang banyak pada kulit tetapi pada otot seperti tendon, ligamen, kornea, tulang rawan, tulang, usus dan saluran darah. Ia mempercepatkan penyembuhan luka.

Vitamin C yang rendah juga boleh menyebabkan penyakit scurvy, yang akan menyebabkan keradangan dan bengkak sendi, pendarahan gusi, kehilangan gigi, anemia dan keletihan.

Jom kita pastikan tahap vitamin C dalam tubuh kita pada tahap yang optima. Ambil dos yang optima 500-1000mg sehari, dan pastikan cukup minum air. 

Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza, sama ada untuk kekal sihat atau membantu merawat penyakit.

Mereka yang memerlukan vitamin C lebih dari orang lain adalah wanita hamil, perokok dan mereka yang tinggal serumah dengan perokok, pesakit metabolik seperti diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia, dan pesakit kanser (selepas selesai rawatan). 

Bagi mereka yang pernah ada batu karang, pesakit ginjal yang menjalani hemodialisis dan ada sejarah keluarga yang ada masalah batu karang, boleh ambil dengan dos yang lebih rendah tetapi berbincang dengan pakar farmasi dulu. 

Apa pun yang penting, jangan ambil overdose (melebihi 2000mg), dan minumlah air yang mencukupi dan kekal aktif. 

Boleh dapatkan vitamin C dari farmasi berdekatan. Mintalah konsultasi dari ahli farmasi di situ.


Nak bukukan koleksi gambar tersayang? Simpan di Photobook dan jadikan sebagai rujukan, kenangan ataupun hadiah.

13 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Hehehe........last time I was into Chewies too. But now I'm more into Berocca. Hehehe..... keep on the healthy lifestyle ya.

    BalasPadam
  2. Alahai.. kalau anak acik mimi nampak ni, memang makan macam makan gula gula je la nampak nya. Sebab kat rumah ni memang ada beli vit c jgk tuk dorang.

    BalasPadam
  3. yes. memang penting.
    aida sekeluarga ambil vit c jenis soluable. sedap. like air oren.
    not everyday. 2-3 hari sekali je kami-kami.
    lain-lain ambil dari natural food.

    BalasPadam
  4. Bila baca tajuk, semacam tajuk karangan zaman sekolah dulu. Hehe. Rawlins memang amalan pengambilan vit c secara supplemen mahupun daripada buah-buahan

    BalasPadam
  5. Vitamin C memang bagus. Iza pun amalkan vitamin C sejak dari zaman sekolah lagi sebab masa tu ada masalah jerawat. Try macam-macam tapi vitamin C jugak yang berkesan. Yang penting banyak minum air.

    BalasPadam
  6. Betul.. VitC ni banyak sangat org kurang ilmu anggap ianya tak elok, tapi mereka kurang membaca.. lagi keadaan sekarang kan, Sis amalkan sebiji tiap pagi..

    BalasPadam
  7. ohh ya....Vit C is important supplement not just for adult, also kid during this time for a greater immunity. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  8. yes betul tak boleh overdose ambil vitamin C. iena pun memang tak ambil banyak. Kalaau dah consume supplements yang da ade vitamin C memang tak amek vitamin c yg lain :)

    BalasPadam
  9. sekarang ni kesedaran pengambilan Vitamin C memang mula muncul di kalangan rakyat, dulu ramai yang tak ambil endah sgt. Yang penting jgn overdose, selain membazir, ia juga boleh memudaratkan kalau terlebih sgt

    BalasPadam
  10. Vitamin C really essential to us skrg kan! memang non-stop consume Vitamin C lagi2 during pandemik ni.. yeah, good to know the optimum dosage ni..

    BalasPadam
  11. Kat rumah ni sekarang memang benda wajib ada ialah vitamin C , tak kisahlah samada yang larut atau bentuk pil. Apapun kita hanya usaha untuk perkuatkan imun sisitem dalam melawan virus. Cuma jangan overdose dan banykkan minum air putih jika memang nak consume vitamin C

    BalasPadam
  12. Vitamin C memang bagus untuk support sistem pertahan badan. Sekarang ni pun tgh consume vitamin C.hehehe

    BalasPadam
  13. Thanks for this sharing and tips, vitamin C is important but we also should not overdose it.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama