1 Ramadan 1442H
Aku kejutkan anak sekitar jam 5 pagi. Dalam 20 minit selesai dah bersahur. Itu pun sebab sambil makan sambil tonton cerita 3 Abdul. Jika tak, rasanya 15 minit dah selesai dah. Alhamdulillah.
Selepas kemas ruang makan, ada yang mandi dan ada yang ambil kesempatan tidur sebentar sementara menanti azan Subuh berkumandang.
Keadaan trafik pagi ni tak sibuk. Mungkin ada yang keluar awal ke tempat kerja di pagi pertama Ramadan. Dari jauh kelihatan laluan yang biasa kami lalu sebelum sampai ke perkarangan sekolah menengah, sesak. Biasanya tak macam ni.
Hati aku terdetik... janganlah ada kemalangan.
Kelihatan orang semakin ramai berkumpul ditepi jalan. Dan di celah kumpulan orang awan tersebut, aku ternampak motor terbaring di atas jalan.
Allah...
Sayu sangat rasa dihati melihat tangisan pelajar lelaki sekolah menengah tersebut. Berbaju sukan sekolah. Kecil sahaja orangnya. Terduduk di tepi jalan sambil ditenangkan oleh Ustaz Bad (aku kenal cikgu tu sebab dia bekas guru Diyana dan Daniel), pengawas sekolah dan rakan.
Kelihatan juga beberapa orang awam mula menjaga lalulintas supaya situasi trafik terkawal. Aku tidak pasti punca kemalangan tersebut.
Aku drop anak yang sekolah menengah di tepi jalan. Pesan kepada mereka, jangan lupa tanya siapa yang kemalangan. Destinasi seterusnya ke sekolah rendah.
Selepas selesai Hud masuk ke perkarangan sekolah, aku ambil beberapa minit untuk menaip. Masih terbayang riak laku pelajar malang terlibat. Ketika sedang menaip, kedengaran sayup-sayup bunyi ambulan.
Beberapa minit kemudian muncul kelibat ambulan menghala ke lokasi kejadian. Semoga tiada yang serius dan urusan adik tersebut dipermudahkan.
Sedikit pesanan buat semua, ketika melalui kawasan sekolah, sila perlahankan kenderaan. Berwaspada dengan situasi yang bakal terjadi. 'Alert' dengan keadaan sekeliling. Pemikiran pelajar sekolah tak sama dengan cara berfikir orang dewasa.
Aku pernah break kecemasan bila seorang pelajar perempuan sekolah menengah melintas secara tiba-tiba disebabkan risau tertinggal bas Rapid. Dia tak pandang kiri kanan. Pandangannya hanya fokus ke arah bas.
Dari berjalan ditepi jalan bersama rakan, tiba-tiba dia boleh terus berlari melintas jalan bila ternampak bas dari jauh.
Dan buat mak ayah yang benarkan anak ke sekolah menggunakan motosikal dan kenderaan awam, sentiasalah ingatkan anak agar berhati-hati ketika berada dijalan raya.
Semoga sikap cakna kita mampu mengelak dari terjadinya kejadian yang tak diingini.
Salam Ramadan buat semua. Stay safe.
Salam ramadhan dari CCL
BalasPadamSalam Ramadhan CCL. Semoga puasa kita semua diberkatiNYA
Padamsalam ramadan.
BalasPadamSelamat menjalani ibadah puasa dan terawih.
semoga dipermudahkan segalanya.
take care and stay safe
Stay safe and take care Han Hanni.
PadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!