Terinspirasi aku membaca perkongsian Abang Speggo bagaimana dia mula berniaga bisnes makan delivery. Semoga perkongsiannya menjadi salah satu cabang rezeki buat mereka yang terfikir nak berniaga apa untuk tambah site income.
Perkongsian cerita bermula.
Kalau nak suruh saya bukak restoran atau gerai untuk jual makanan, memang tak dapat lah. Saya bukannya ada modal puluh-puluh ribu pun untuk sewa kedai dan buka restoran.
Kalau nak bukak gerai tepi jalan pun, makan kos juga. Dengan nak apply lesen PBT, nak kena beli canopy, meja, dapur memasak, tray dan segala bagailah. Mahu dekat RM seribu juga kosnya!
Tapi, satu perkara yang saya memang tak boleh nak buat untuk buka gerai tepi jalan ni, sebab cuaca! Iyalah, kalau buka gerai tepi jalan ni, memang kena hadap cuaca yang tak menentu. Kalau time panas terik tu... fuh.. orang lain sedap duduk dalam rumah, kita terpacak kat tepi jalan panas-panas kena jaga gerai. Kalau hujan pula.. lagi sadis. Kadang-kadang habis basah semua barang jualan kena hujan. Bagi mereka yang berniaga tepi jalan, memang saya salute sangat-sangat diorang ni.
Tapi bagi saya, saya rasa lebih selesa untuk berniaga dari rumah sahaja. Ambik order guna whatsapp, masak kemudian hantar. Dengan cara ni, saya tak perlu keluarkan kos ribu-ribu untuk sewa kedai atau buka gerai. Saya juga tidak perlu menghadap risiko "cuaca" yang tidak menentu yang seringkali akan menjejaskan jualan.
Saya hanya perlu keluarkan kos beli barang untuk masak dan kos penghantaran sahaja. Lagipun, saya sendiri pun selalu juga beli makanan pakai whatsapp ni, senang. Order je kat whatsapp, kemudian penjual akan hantar sampai depan rumah. Jadi saya kira-kira... Saya rasa.. saya BOLEH buat bisnes makan delivery ni. Soalan seterusnya....
Nak Jual Makanan Apa?
Cerita pasal makanan ni pula, saya sekeluarga ada makanan special yang saya akan masak pada setiap 1-2 minggu sekali. Kiranya macam special menu la untuk saya sekeluarga, iaitu spaghetti!
Selain ia sedap untuk dimakan, ia juga sebenarnya mudah untuk disediakan. Jadi, saya fikir, mungkin saya boleh mulakan dengan menjual spaghetti Bolognese. Kita try tengok dulu macam mana? Ada sambutan atau tidak? Boleh jalan ke tidak?
Kalau tak jalan, saya tukarlah kepada menu lain. Takde masalah benda boleh adjust. He he. Lagipun kalau jualan tak habis boleh juga saya buat makan sendiri. Sebab tu penting untuk kita jual makanan yang kita suka.
Tapi sebenarnya, kalau buat bisnes makan delivery ni jarang makanan tak habis. Sebab kita hanya masak ikut jumlah tempahan sahaja. Kalau orang order 10 bungkus haritu maka, kita masaklah 10 bungkus. Takdelah membazir!
Misi Bermula!
Ok. Selepas dah decide nak jual makanan apa, saya pun mulalah buat iklan sikit-sikit. Letak kat facebook sikit letak kat whatsapp group sikit. Hari pertama iklan tu, Saya dapat 5 order. Teruja geng. Tapi dalam masa yang sama, ada sedikit rasa cuak juga. Takut tak dapat deliver atau takut kalau masakan kita tu tak kena pada selera pelanggan.
Tapi, nak tak nak misi harus diteruskan. Balik sahaja dari kerja pukul 2 petang saya terus singgah kedai beli barang-barang masakan dan mula memasak. Lepas sejam lebih, spaghetti siap di masak dan sudah siap dibungkus dan dimasukkan ke dalam bekas makanan. Sekarang hanya tunggu untuk deliver sahaja!
Selepas selesai solat asar, saya pun start motor dan mulakan operasi penghantaran. Alhamdulilah, sekitar pukul 6 petang misi penghantaran makanan selesai. Setel misi hari pertama.
Order Semakin Bertambah.
Esoknya saya buat iklan lagi, post kat fb group dan group whatsapp group je. Alhamdulilah dapat lagi beberapa tempahan. Lama-kelamaan order yang diterima agak konsisten. Order dari pelanggan baru dan juga dari pelanggan lama. Sudah ada juga beberapa orang yang dah jadi pelanggan tetap, hampir setiap minggu dia akan order spaghetti saya.
Sehari, bolehlah dapat jual dalam 15 kotak spaghetti. 1 kotak, saya jual RM5 je. Maklumlah, kawasan tempat saya tinggal ni, kawasan pekan jadi, bolehlah dapat duit tambahan dalam RM75 sehari.
Bila hari minggu, permintaan sedikit meningkat. Mungkin hari hujung minggu, orang malas nak masak. Jadi, bolehlah saya jual dalam 40 kotak macam tu bila tiba hari Sabtu dan Ahad. Maka, dapatlah lebih kurang dalam RM200 sehari.
Oklahkan untuk bisnes part time. Dapatlah menampung serba sedikit bebanan kewangan yang saya alami. Nak tahu resepi makanan daripada Abang Speggo? Boleh dapatkannya di SINI.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!