Ejen Ali The Movie

Throwback cite semalam. Ahad 8 December 2019. Aku dah beli tiket pada hari Jumaat. Kebetulan pagi tu aku ada urusan di Queensbay Mall. Terus lajak langkah aku ke Golden Screen Cinemas yang terletak di tingkat 3. 

Ahad pagi, kami sampai ke GSC dalam jam 10:45 pagi. Fuh... full dan panjangnya barisan di ke semua kaunter makanan. Sempat ke ni? 

Itu persoalan pertama aku bila melihat situasi semalam. Dan makan masa yang agak lama untuk cashier siapkan tempahan customer. 

Hud dah mula dok tak diam. Kejap ke sana. Kejap ke sini. 

"Lambat lagi ke mama?" 

"Dah dekat pukul 11 ni." 

"Eh...ada Star Wars..."

"Jom kita masuk dululah mama..."

Dan terus dia ajak abang dia main Ultraman lawan raksasa. Dah tak pedulilah orang yang pandang. Sebelum keadaan jadi makin tak terkawal, aku bawa dia jalan-jalan di sekitar GSC.
Ejen Ali The Movie

Dari tempat aku berdiri dengan Hud... boleh nampak En Hubby dan anak-anak yang masih beratur. Dan bila tiba giliran kami, baru aku tahu punca lambatnya servis.

Kotak pop corn tak di sediakan terlebih awal. Sepatutnya get ready banyak-banyak kotak pop corn. Sediakan seorang staff yang tugas dia bantu cashier untuk masukkan pop corn ke dalam kotak. Nak nak untuk movie yang memang meletop tayangannya. Servis akan jadi lebih cepat.

Pengalaman bekerja di A&W masa zaman selepas SPM dulu buat aku cakna dengan situasi tersebut. Kami ada had minit yang di tetapkan untuk siapkan order customer. 

Benda yang boleh get ready awal seperti kotak, sos paket, straw, mug, paper cup dan lain-lain memang full kan stok di kaunter semaksimum boleh. Bila tengok stok dah susut, terus stok semula. Jangan sampai stok kosong! 

Kami masuk ke panggung, duduk dan movie terus bermula. Fuh. Syukur. Tak terlepas seminit pun awal cerita Ejen Ali. Ada juga yang masuk 5 minit dan 10 minit selepas movie di tayangkan. 

Sepanjang movie Ejen Ali, Hud enjoy sangat. Sebab memang dia ikuti siri ni di kaca tv. Gelak dan riak wajah dia memang teruja habis. Dari awal movie ni di tayangkan lagi dia dah ajak tonton cuba masa tak mengizinkan ketika itu.

Dan terima kasih to Kelab Blogger Ben Ashaari kerana belanja tiket movie untuk kami sekeluarga. Mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat. Tapi bagi kami sekeluarga, besar maknanya. 

Dari 5 bintang, aku kasi 5 bintang untuk movie yang berjaya kutip RM6.4 juta selepas 3 hari tayangan. Hud keluar sambil nyanyi kita jaga kita... kita jaga kita... 😅

Kita Jaga Kita 
(with Cuurley & Malik Abdullah) 
(OST Ejen Ali)

Kini diriku tidak bersimpati 
Masa depanku kabur tetapi 
Mataku cerah kian menyala 
Semua halangan tak bermaya 

Semangatku 
Membara 

Laungkan suaraku memanggilmu 
Bersama lalu jalan berliku 
Walaupun tiada yang bersudi 
Ku akan tetap berjuang sendiri 

Sentiasa 
Kita jaga kita 

Mereka tiada masa untuk kita 
Cuma kita berjasa untuk kita 
Mereka tak tahu rasa hati kita 
Sama-sama Kita 

Kita jaga kita 
Kita jaga kita 

Siapa lagi kalau bukan kami 
Orang luar jangan kecik hati 
Siapa lagi kalau bukan kami 
Jemput datang kalau berani 

Aku saing untuk menang 
Cakap terang orak tenang 
Kalau pagi patah sayap 
Petang aku cuba terbang 
Campak aku dalam hutan 
Semua rimau aku serang 
Ikat tangan masuk gelanggang 

34 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Wow! Semua orang bagi good review untuk Ejen Ali The Movie ni! Saya tak sempat2 nak pergi tengok!

    BalasPadam
  2. sangat best! moment dengan mama dia dlm iris tu sangat touching.. sis boleh pulak bergenang air mata bila mamanya terpaksa pergi..huhuhu... serius mmg best giler!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak...samalah pula. Bergenang air mata kita juga wakkkk...

      Padam
  3. ejen ali best gilaaa tak boleh tahan nangis masa dalam wayang

    BalasPadam
  4. alhamdulillah best spend masa berkualiti dengan keluarga tercinta ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Have to cari juga masa untuk bersama keluarga.

      Padam
  5. Haha..nak hafal la lagu tu sebelum g tengok ajen ali nnt. Eh bila ntah nak g ni?

    BalasPadam
  6. Lagu ejen ali memang puas hati beb. Jalan cerita lagi la superb. Rasa nk tgk lagi je

    BalasPadam
  7. Ramai yg bg feedback cakap cerita ejen ali ni mmg best. Ada aksi dan drama yg sgt menghiburkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Sebab komen orang ramai lah buat kita kuatkan semangat...nak juga gi tonton.

      Padam
  8. Ala kita tak pandai nak nyanyi lagi OST ni sebab tak tonton lagi movie ni hehehe bestnya sebab tengok dapat sambutan hangat dan telah box office serata Malaysia bangga jadi orang Malaysia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Youtube la. Boleh nyanyi sama masa gi tonton nanti. 😆

      Padam
  9. Bestnya dah tengok movie Ejen Ali, BBL belum ada masa lagi nak pergi tengok. Nak tunggu dah reda sikit.. hehe harap tak jumpa spoiler la

    BalasPadam
  10. Memang mantap kutipan Ejen Ali. Dalam seminggu je dah capai 13Juta! Tahun ni semua filem animasi Malaysia best. Tahniah buat produksi Ejen Ali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Semakin mantap filem animasi Malaysia. Satu perkembangan positif.

      Padam
  11. Dah terikut-ikut menyanyi lagu ni kalau keluar dekat radio he he he, lama-lama jadi hafal best pulak...

    BalasPadam
  12. ramai suka ajen ali. bilalah saya nak bawa anak2 tengok pula. seminggu ni melepek je depa sebab tak sihat bergilir2

    BalasPadam
  13. cerita nyer...
    lagu nyer...
    actions.
    semua ohsem lah pd aida. 10/10 aida beri kat ejen ali.
    animasi malaysia yg semakin unggul!

    BalasPadam
  14. tak sempat lagi nak tengok filem ni. hujung tahun ni macam susah nk tengok wayang sebab busynya terlebih pulak hehe.

    BalasPadam
  15. saya masih belum sempat nak tonton.. asyik baca review orang saja.. kena curi masa juga nak menonton ni..

    BalasPadam
  16. Nak bawak anak dara gi tengok lah cite ni. Kita tgok dia suka ke idok..dia ni memilih sikit tgok movie, kalau dia suka makna cite tu memang best le

    BalasPadam
  17. sampai ke sudah tak tengok lagi..payment lambat masuk..jadi berhuhu haha jela..tengok jela orang update..hahaa

    BalasPadam
  18. No wonder my niece keep asking me about this movie, after reading this I find this is very interesting

    BalasPadam
  19. adegan sangat menarik tiada babak membosankan...penuh trajedi ada adegan sedih dan teruja. sangat menyentuh hati

    BalasPadam
  20. Teringin sangat nak tgk ejen ali the movie ni dan juga2 movie2 animasi buatan Malaysia mcm upin ipin & BoBoiBoy tp belum berkesempatan lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama