Assalammualaikum dan hai.
Baru-baru ini aku dijemput ke Buffet Ramadhan di Spoon G Hotel Kelawai, Penang. Satu penghargaan buat aku. Inilah peluang untuk aku rasai sendiri masakan chef chef di hotel ini yang dengar cerita sedap sedap belaka.
Tak susah nak cari lokasi hotel ini. Bersebelahan Gurney Plaza dan Gurney Paragon je. Lepas parking kereta di ground floor hotel, hala tuju aku ialah ke Spoon yang terletak di tingkat 2.
Sampai je aku terus mula ambil gambar. Tahun ini, Spoon memilih konsep 'Pasar Ramadhan'. Terbahagi kepada 2 bahagian. Satu indoor satu lagi outdoor.
Untuk outdoor, terdapat 9 gerai ala Bazaar Ramadhan. Disini korang boleh lihat chef chef Spoon bakar Satay, ikan, udang dan menggoreng Char Koay Teow. Antara gerai lain yang ada ialah Nasi Kandar, Nasi Ayam, Penang Nyonya Mee Kari, Sharwarma, Sup Tulang, Bubur Lambuk, Ais Kacang dan Cendol. Aku dah rasa macam berada di Bazaar Ramadhan Bayan Baru dah pula.
Menu makanan yang ada di indoor tak kurang hebatnya. Nasi Hujan Panas bila di gandingkan dengan Chilli Crab dan Lamb Varural buat korang tak peduli orang lain dah. Sedap oii
Forbidden CheeseCake tepi Tart Kelapa |
Buat korang yang tercari Buffet Ramadhan mana yang nak di terjah, G Hotel Kelawai mungkin korang boleh masukkan dalam senarai korang. Di bawah aku sertakan harga buffet dan number talian untuk tempahan.
G Hotel Kelawai
2, Persiaran Maktab, 10250 Penang, Malaysia
Telefon : +604 219 0000 Fax : +604 219 0101
Email : g4u@ghotel.com.my
Web : www.ghotel.com.my
Spoon Ramadhan Dinner (17 May - 14 Jun 2018)
Dewasa RM75
Warga emas dan kanak-kanak (6-12 tahun) RM45
Promosi Buy 10 free 1 (15 May - 14 Jun 2018)
Thanks for reading. ❤
sedapnya semua makanan kat sini.Bulan ramadan,yang Ina paling tertarik adalah kuih muih.Nampak sedap tu kuih kuih kat sini.
BalasPadamAzlina ina, kuih muih kat sini memang sedap. Ina boleh tengok banyak gambar lain kat Instagram eiza. Kuatkan semangat di Bulan Puasa ni ye.
BalasPadamFirst time dengar nama hotel ni..kalau tiba bulan puasa kan..bila nak berbuka tu memang akan teruja dengan menu- menu savuri dari mana- mana hotel especially kambing bakar..mmg pilih selalu kambing bakar ni...hehehe..pas tu for sure cari mee rebus ke..laksa ke..huiiii..sedappp..
BalasPadamIni slah satu Ramadan buffet terbaik kat pulau pinang. Harga pun berbaloi dengan pelbagai hidangan makanan. Lia suka sangat cheesecake dengan coconut cake kat sana. Memang terbaik Dan sedap sampai repeat banyak kali.
BalasPadamalaaa nape jauh sangat kat penang. ainy kat KL ni ha. tengok pula menu buffet ramadhan dia time tengahari ni betul2 buat teringin lah. haha. btw thank you tau share menu buffet ramadhan ni. kalau dekat, inshaAllah dah sampai dah ainy ke sana ni ha tapi sayang jauh pulak.
BalasPadamDulu duk igt hotel kelawai dekat bali tau... hihihi aduhh time2 mcm ni duk bukak entry mkn2 ni mmg menduga tau.. tgk pulak foods byk dan sedap lagi la
BalasPadamkalau ke buffet ramadhan pasti rambang mata nk mkn yg mn satu kn sbb byk sgt juadah yg dihidangkan. kalo pegi buffet ramadhan rmi yg cari kambing golek dlu sbb itu yg diserbu dulu...selamat berpuasa
BalasPadamsedapnya nasi hujan panas tu pastu makan pulak dengan cili crab..mau mak mentua lalu kita tak nampak kan..harga pun murah tuu
BalasPadamMenarik juga harga dia kan. Sesuai dengan jumlah makanan yang ada. Thanks for sharing. Boleh la nak bawa abah ke sana time ramadhan nie.
BalasPadamwah first time dengar pasal hotel ni. nanti bolehlah try. menu-menu dia pun nampak menyelerakan. apa landmark terdekat ya dekat sini? boleh la cari nnti
BalasPadamfuhh..nasib baik tak lama lagi dah nak berbuka..telan ailio gak la tgk menu kat sini.
BalasPadamThe best dekat G hotel adalah dessert. Semua dessert sedap2 belaka. Sebab tu Ika repeat dessert je dari datang sampai balik .
BalasPadamEem bila tertarik dengan sesuatu menu mesti kecewa sebab awatlah jauh nau tempatnya.kalau dekat memang dah terjah tau.makanan yang dihidangkan semua sedap sedap belaka.
BalasPadambaru dengar lah nama hotel ni... baru ke dah lama.. adoiii nampak sgt dh lama xmai penang. huhu... menu dia simple tapi beraneka jenis kan..so nice! tertarik nme dessert dia yg forbidden cheesecake tu.. kenapa nama cmtu? hehehe...
BalasPadamTak pernah lagi duduk kat hotel ni. Kalau ke Penang nanti bolehlah cuba duduk kat sana.
BalasPadamBuffet Ramadhan yg di sediakan pun nampak menarik. Beruntung lah orang Penang dapat berbuka sedap-sedap kat sana...
Banyaknya pilihan makanan. Rambang mata nak cekau mana satu...heee.. baguslah hotel-hotel di Penang sebab depa dah buat preview buffet ramadan ni. Atleast org ramai tahukan.
BalasPadamWoww siap ada indorr & outdoor tue.... Menag seronok tgk chef masak depan kita berbanding dengan hidangan yang dah siap terhidang... Lain rasanya kot
BalasPadamI think I've heard of this hotel but never really read up on it. The food looks good and pricing seems reasonable too.
BalasPadamThe food looks really good and it comes with a variety of options. The price is also really reasonable unfortunately I'm in KL otherwise I'll test it out myself.
BalasPadamEh, not bad lah menu banyak gila harga pun not bad. Memang tengah cari lokasi nak berbuka bawak parent nanti balik kampung.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!