Setiap hari aku akan pastikan anak-anak minum air secukupnya. Sebotol air bersama bekalan makanan adalah menu wajib setiap pagi. Jika ada aktiviti tambahan di sekolah, mereka tetap aku pastikan untuk bawa sebotol air. Cuaca terik antara jam 12 hingga 3 petang merisaukan aku. 

Tapi tahukah anda, air tidak hanya ada di dalam gelas, tetapi di pinggan juga!


Bagi yang tidak dapat minum air yang mencukupi atau yang ingin menambah pengambilan air, makan makanan yang mengandungi air yang tinggi adalah pilihan yang tepat.

Mengapa begitu penting untuk kekal terhidrat?

Membantu menggerakkan oksigen dan nutrien melalui darah ke sel.


Menurunkan tekanan pada jantung.

Mencegah kekejangan otot.

Melincirkan sendi.

Membantu mengekalkan sel-sel kulit dan kelihatan muda.

Mengurangkan atau menghalang selulit.

Membuang toksin dari badan.

Membantu mengelakkan batu ginjal.


Apabila kita makan lebih banyak makanan yang kaya dengan air, tubuh kita akan menyerap air dengan lebih perlahan kerana ia terperangkap dalam struktur makanan ini. Penyerapan yang perlahan ini bermakna air dalam makanan tetap di badan kita lebih lama, dengan banyak manfaat tambahan.


Aku pilih timun sebagai contoh. Kerana timun terdiri dari 96% air, pengambilan timun tiga ounce hampir sama dengan minum tiga auns air. Selain penuh dengan H2O yang menghidratkan, buah-buahan mentah, sayuran dan makanan utama yang kaya dengan air mengandungi nutrien, vitamin, mineral dan serat yang dapat meningkatkan kesihatan, membangunkan sistem imun, menguatkan otot dan meningkatkan prestasi atletik anda.

Jangan lupa 'eat your water', terutama ketika cuaca panas terik. Semoga kesihatan yang baik milik semua. 


Nota: Thank you to Google di atas perkongsian gambar. 


4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Betul, timun tu kan kak eiza juju blend bersama epal hijau jadikan jus campur madu...mmg flush away semua. Best!

    Sharing is caring...tq kak eiza good entry

    BalasPadam
  2. timun tk berapa suka sebab leh turunkan darah hehehe.. tembikai tu pebreeettt lisa

    BalasPadam
  3. idea menarik.. tapi nampak tembikai terus terliur

    BalasPadam
  4. Terus teringgin nak makan timum cecah belacan... Sedap tu... Nice entry

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama