Salam dan hai semua. 😉

Kulit muka aku pernah jadi huru-hara akibat guna skincare timbang kilo. Inilah akibat senang sangat percaya dengan iklan untuk cantik dalam masa 7 hari. Ada yang lagi power 3 hari settle semua masalah di wajah!

Entah apa yang merasuk aku untuk beli dan guna. Takde masalah sengaja create masalah. Akhirnya aku terpaksa ke klinik untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya bila bahagian tertentu kat muka aku jadi tah apa-apa. Tahan telinga bila doktor mula cerita bahayanya produk rebranding.

"You have nice skin complexion. Why la you gatal guna produk rebranding?"

Sampai bila-bila aku akan ingat kata-kata doktor tu. Aku siap dapat krim jeragat percuma. Sayang doktor ketat-ketat.😂

Cara nak kenal spesis rebranding atau timbang kilo ni lebih kurang sama je item dia. Datang dalam kotak yang ada krim siang, krim spf, krim malam, krim kunyit, sabun sebiji, kadang-kadang tambah serum, facial cleanser, dan semuanya berwarna-warni.

Lepas masalah kulit muka aku pulih sepenuhnya, aku rujuk kembali dengan produk yang ada di Watson, Guardian ataupun Aeon Wellness. Anak remaja aku pun aku arahkan untuk guna je produk yang ada di farmasi bukan toko mahupun kioks kecantikkan.

Antara jenama skincare terkini yang kami sekeluarga guna ialah Cosmoderm, Pure Beauty, Bio Essence, Aiken, Biore, Sendayu Tinggi dan Good Virtues Co. Eh, banyak pula bila dah senaraikan Masa beli rasa macam sikit je. Empat orang anak remaja, empat jenis kulit wajah. Pluse untuk wajah aku and my dear hubby.

Setakat ini dahulu perkongsian aku kali ni. Thanks sebab sudi singgah, baca dan komen. 😘


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Suka beli kt farmasi segala produk kecantikan n solekan. Xberani nk beli kt luar terutama di pasar malam. Mmg murah tapi pikir effect die nnti pd kulit. Muka ni aset kan.. hehe.. xpelah berbelanja lebih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama