Rutin harian aku kembali back to normal. Setelah sebulan lebih bercuti dari ke hulur hilir hantar anak ke sekolah dan pusat tuisyen. Eh, serta aktiviti kokurikulum, latihan rumah sukan, persatuan dan kelab. Fuh...

Pagi ni juga tempat letak kereta penuh. Hingga ada yang terpaksa parking di tepi jalan. This is normal view setiap kali tiba hari pertama persekolahan. 

Tahun ni juga, anak aku mula melangkah ke alam sekolah menengah. Nervous katanya. Kata aku pula, Adam have to be prepared untuk tulis karangan panjang-panjang. Kena banyak membaca untuk lebih banyak idea.

Dan dia bertuah sebab ada seorang kakak dan abang yang sama sekolah dengan dia. Pada hari taklimat tingkatan 1 minggu lepas, ketika aku bersalam dengan guru perempuan yang berbaris di pintu masuk, salah seorang cikgu tanya,

"Ada anak yang sekolah sini kan."

"Yelah, ni mak Diyana kan."

"Mak Diyana tu. Yang adik dia Daniel." Sambung cikgu Yunus guru penolong kanan yang berada di seberang jalan. 

Adeh, belum sempat aku jawab, cikgu-cikgu yang ada di situ dah tahu who am i. Kenal pula cikgu-cikgu tu aku ni mama kepada  Diyana dan Daniel. Tak jadilah aku nak mengusik dengan menyamar jadi kakak kepada Adam. 

Buat cikgu, selamat bertugas. Mantapkan tahap sabar ketika melayan kerenah anak didik. Untuk mak dan ayah, luangkan masa untuk be with anak ketika mereka buat homework. Sekali sekala buat spot check beg sekolah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. 


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama