Kredit to Google atas koleksi gambar

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kaya Hakiki Adalah Kaya Hati

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (selalu merasa cukup)." (HR Bukhari No: 5965) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Kekayaan dalam Islam bukan dilihat kepada pemilikan harta yang banyak.

2.  Kekayaan hakiki seorang Muslim ialah apabila ia memiliki kaya hati (sifat merasa cukup dengan setiap rezeki yang dimiliki).

3.  Berapa ramai orang kaya yang memilii harta namun sentiasa merasa masih kurang. Hatinya tidak merasa puas dengan rezeki yang dianugerah Allah. Ia masih terus mencari apa yang belum diraih. Hatinya masih belum puas dengan apa yang ada. Itu bermakna ia sentiasa miskin kerana ingin mencari dan mencari lagi.

4.  An Nawawi: “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah. 

5. Kaya yang hakiki ialah sifat pemilik harta yang tidak tamak malah dermawan kepada orang lain.

Jadilah kita seorang pemilik hati yang sentiasa kaya dengan sifat merasa cukup dengan harta yang dimiliki namun sentiasa merasa miskin dengan amal-amal yang soleh.

22hb Nov  2017
03hb Rabiul Awal 1439H

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama