Kredit to Google |
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Allah Benci Orang Yang Kuat Bermusuhan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan. (HR Muslim No: 2668) Status : Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang paling kuat bermusuhan.
2. Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد ialah permusuhan yang keras. Manakala perkataan الخصم pula bermaksud permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim).
3. Hal ini menunjukkan perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul sedangkan orang lain salah).
4. Firman Allah ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 204 :
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ
Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras.
5. Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga seolah-olah tiada kebaikan pada mereka.
Jagalah akhlak dan wasilah kita dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allah.
14hb Nov 2017
25hb Safar 1439H
manusia tak sempurna,kkdg setengah orang payah nak memaafkan walau kdg kala kesalahan org tu hanya duniawi yang tak membawa ke mana pun dan tak sebesar mana pun.hanya kerana 1 kesalahan di benci bagai tak pernah berbaik dan kenal haihhhh
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!