PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Berwuduk Di Rumah Kemudian Menuju Ke Masjid
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلَاةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلَّاهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِي الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ
Dari Uthman bin Affan dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk untuk solat, lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian berjalan menuju solat yang fardu, lalu dia melaksanakannya bersama manusia, atau bersama jamaah, atau di masjid, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya." (HR Muslim No: 341) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah mengampunkan dosa seseorang yang pergi untuk solat fardu ke masjid dengan syarat;
a. Menyempurnakan wuduk di rumah terlebih dahulu, kemudian
b. Menuju ke tempat solat berjemaah atau ke masjid untuk mengerjakan solat fardu dan,
c. Melaksanakan solat berjemaah bersama imam
2. Berwuduklah terlebih dahulu di rumah sebelum ke masjid atau ketempat solat berjemaah kerana ia pra syarat untuk pengampunan dosa bagi mereka yang akan melaksanakan solat fardu.
Rugilah jika ada yang beranggapan air di masjid air wakaf (free), lalu ia lebih selesa mengambil wuduk di masjid.
15hb Zulhijjah 1438H
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!