PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Beradab Mendengar Azan Akan Mendapat Syafaat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda, "Apabila kalian mendengar muazzin (mengumandangkan azan) maka ucapkanlah seperti yang dia ucapkan, kemudian berselawatlah atasku, kerana orang yang berselawat atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat atasnya dengannya sepuluh kali, kemudian mintalah kepada Allah wasilah untukku, kerana ia adalah suatu tempat di syurga, tidaklah layak tempat tersebut kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan saya berharap agar saya menjadi hamba tersebut. Dan barangsiapa memintakan wasilah untukku, maka ia akan beroleh syafaat." (HR Muslim No: 577)

Pengajaran:

Orang yang mendengar azan yang dilaungkan oleh bilal atau muazin akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW. Untuk mendapat syafaat itu, kita perlu menjaga adab apabila mendengar azan, antaranya ialah:

a.  Mengikut lafaz yang diucapkan oleh muazin (dengan kadar perlahan) selepas setiap lafaz.

b.  Berselawat selepas azan dilaungkan (orang yang berselawat sekali, Allah akan berselawat [memberi ampun kepadanya] sebanyak 10 kali).

c.  Berdoa selepas azan agar diberikanlah kedudukan dan keutamaan kepada Nabi Muhammad SAW.

04hb Ogos  2017
11hb Zulkaedah 1438H


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama