1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sedekah Kepada Kerabat Mengikat Silaturahim
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَتُكَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الْقُرْبَى الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ
Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahmu pada orang-orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan sedekahmu pada kerabatmu bernilai dua iaitu; sedekah dan menyambung silaturahim." (HR Ahmad No: 17197) Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Sedekah adalah antara amalan yang digalakkan kepada setiap Muslim.
2. Sedekah seseorang kepada orang miskin mendapat nilai satu ganjaran pahala.
3. Sedekah seseorang kepada kerabat terdekatnya akan menperolehi nilaian dua ganjaran. Pertama ia menjadi sedekah, dan kedua ia menjadi penyambung silaturahim.
4. Pemberian sedekah kepada kerabat terdekat akan mendapat lebih ganjaran berbanding dengan pemberian kepada yang bukan kerabat
Bersedekah khususnya kepada kerabat yang dekat terdiri daripada ayah ibu, datok nenek, adik beradik dan lain-lain. Moga ikatan silaturahim dan ukhuwah bersemarak.
12hb Julai 2017
18hb Syawal 1438H
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!