1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sebaik-baik Harta Infak

عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ عَلَى دَابَّتِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى أَصْحَابِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Dari Abu Asma` dari Tsauban ia berkata; Rasulullah SAW  bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang, ialah yang dinafkahkan untuk keluarganya, untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah, dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang di jalan Allah." (HR Muslim No: 1660) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sebaik-baik harta atau wang ringgit yang keluarkan oleh seseorang lelaki adalah untuk keperluan berikut:

a.  Harta  yang dikeluarkan untuk membiayai ahli keluarga

b.  Harta yang dikeluarkan untuk keperluan ternakan yang dipelihara

c.  Harta yang dikeluarkan untuk kepentingan membela agama Allah (seperti untuk pembiayaan pembelajaran, pembiayaan pembinaan masjid, zakat, wakaf dan sebagainya)

d.  Harta yang dikeluarkan untuk para sahabatnya yang berperang di jalan Allah

2.  Abu Qilabah berkata; Beliau memulai pemberian harta dengan keluarganya terlebih dahulu kerana keutamaan seorang suami ialah memberi nafkah kepada isteri, anak-anak, ibu bapa serta kerabat terdekat.


23hb Mei  2017
26hb Syaban 1438H


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama