1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Rasulullah SAW Suka Diangkat Amal Ketika Berpuasa
عَنْ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Usamah bin Zaid bertanya; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban?" Baginda bersabda: "Itulah bulan yang manusia lalai darinya; ia bulan yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang disana berisikan berbagai amal untuk dibawa naik kepada Rabb semesta alam, aku suka amalku diangkat ketika aku sedang berpuasa." (HR an-Nasai No: 2317) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Bulan Syaaban, bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bulan lain.
2. Bulan Syaaban, bulan kebanyakan manusia lalai daripada meningkatkan amal
3. Rasulullah SAW menyarankan agar diperbanyakkan amal pada bulan Syaaban seperti puasa sunat, solat sunat, sedekah, membaca al-Quran dan lain-lain.
4. Setiap hari amalan kita akan diangkat ke langit, ada amalan kita yang akan dibawa naik kepada Allah SWT pada bulan Syaaban.
5. Rasulullah SAW memperbanyakkan amal seperti puasa sunat pada bulan Syaaban kerana ia suka amalnya diangkat ketika baginda sedang berpuasa.
6. Abu Bakr Al Balkhi berkata:
شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ ، وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ ، وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ
Bulan Rajab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.
Ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal di bulan Syaaban ini. Jadikanlah bulan untuk kita menyiram amal soleh agar ia tumbuh subur dan segar berterusan di bulan Ramadan nanti.
03hb Mei 2017
06hb Syaban 1438H
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!