1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sifat Lemah Lembut Menjemput Kebaikan

عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ

Dari Jarir dari Nabi SAW bersabda: 'Barang siapa dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), bererti ia dijauhkan dari kebaikan.'"(HR Muslim No:  4694) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Lemah lembut adalah salah satu sifat terpuji

2.  Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), bererti ia dijauhkan dari kebaikan

3.  Jadilah orang yang memiliki sifat lemah lembut dan kasih sayang, nescaya pelbagai kebaikan akan dianugerahkan Illahi seperti anugerah nikmat iman dan islam, nikmat kesihatan, nikmat rezeki dan  dijauhkan musibah serta lain-lain.

4.  Allah mengarahkan kita sentiasa bertingkah laku dengan lemah lembut bukan keras. Firman Allah:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.(Ali Imran: 159).

Jangan sampai kita dijauhi daripada segala kebaikan dengan sebab tidak memiliki sifat lemah lembut (kasih sayang).

06hb April  2017
09hb Rejab 1438H


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama